`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


16 SEPTEMBER 2026

Tuesday, September 15, 2026

SAKAU DUIT BANGLA LEPAS TU SURUH DEPA TIDUR DALAM PUMPHOUSE DAN BILIK UTILITI. KENCING DALAM BOTOL. SAKAU DUIT ROHINGYA LEPAS TU TERJADI PERKAMPONGAN ROHINGYA, MALL ROHINGYA

Berita No 1. Mula sekali cerita Mall 'Rohingya' berbau ikan masin - style negara Dunia Ketiga. Sila lihat dan dengar video yang paling singkat ini. 


Apa nak heran? Rohingya biasa kena sakau. Nak ceroboh masuk Malaysia naik sampan bocor dia kena bayar sampai RM15,000 satu kepala. Nak bawa kereta tanpa lesen Rohingya kena bayar duit sakau.  Nak buka bisnes di tepi jalan atau dalam Mall pun Rohingya kena bayar. Malaysia boleh. Asal bayar saja - Malaysia SEMUA boleh. 



NOTIS SEWA LOT NIAGA  DALAM BAHASA BANGLA:  DAH KAU JUAL NEGERI AWAK, DAH KAU JUAL BANGSA AWAK, INI KAU JUAL BAHASA AWAK SEKALI? LEPAS TU KAU TUDUH ORANG LAIN PULA ANTI INI DAN ANTI ITU? DULU NAJIB SEBUT HARAMJADAH.

Berita No 2. 

Bayar 'maintenance' RM350, bilik utiliti Residensi jadi 'rumah haram' warga asing

KUALA LUMPUR – “Kami bayar maintenance RM320 - RM350 setiap bulan
namun warga asing dibenarkan guna bilik utiliti sebagai rumah haram 
Demikian luahan penduduk Projek Rumawip di Jalan Kolam Air 
masalah kehadiran warga asing di kediaman itu sejak hampir setahun lalu
bagaimana warga asing dibenarkan menetap di residensi ini 
dengan guna bilik utiliti dan pump house sebagai rumah haram

OSTB: Jawapannya mudah saja : Sebab mereka sudah bayar duit sakau. Duduk dalam pumphouse atau bilik utiliti pun mesti ada sewa. Takkan duduk free. Soalannya siapa yang kutip sewa? Siapa yang tutup mata sebelah?  

Sudahlah kami beli pada harga lebih RM300,000 
sehingga ini kami gunakan gimnasium dan kolam renang 
kemudahan lain masih kosong tanpa ada penyaman udara
telah membuat tiga laporan polis dan melantik peguam 

OSTB: Buatlah SEPULUH laporan Polis pun. I wish you good luck.

Wa akhirul kalam, wahai Tuan-Tuan orang Melayu, orang Malaysia, tuan-tuan sahabat yang handal dan bukan handal hari itu mereka sudah bilang bahawa satu kumpulan PATI seramai 5,000 orang TIDAK AKAN DIHANTAR PULANG ke negara asal mereka sebab:  mereka mungkin berdepan dengan penganiayaan atau nyawa mereka terancam.

Kenyataan lain pula merujuk perikemanusiaan, human rights dan entah apa lagi. Bottom line, PATI itu akan kekal di sini. Jadi peluang-peluang SAKAU duit daripada Rohingya, Bangla, dan daripada pelbagai PATI akan terus cemerlang.  

  • Ingat baik-baik ok. 
  • Prinsip asas orang politik adalah rasu@h. 
  • Tak ada rasu@h tak ada politik.
  • Tak ada rasu@h tak ada apa pun.

WAYANG TINGGI LAGI: TIGA JUTA AHLI DIPERBODOHKAN.

 

  • Tiga juta ahli parti diperbodohkan oleh presiden. 
  • Mula dia mencabar untuk mereka dihalau, ditendang keluar.
  • Lepas habis berhimpun dia kata mereka akan kekal dalam gabungan. 
  • Dalam perhimpunan dia desak tiga juta ahli untuk serang gabungan.
  • Tapi sekarang dia kata mereka akan kekal sehingga tamat penggal.


My Comments:

Kepada tiga juta ahli, saya ada sedikit soalan. Kau orang ingat bapak presiden kau tak telefon boss dia ke ? Depa sudah berkawan baik sejak 1980an. Lebih 45 tahun.  Lepas itu dia ada kes DNA + A. Tolak D, tolak satu A, tiba-tiba boleh jadi NA (Not Acquitted). Na'as. Naya.  

Depa berlakon. Wayang tinggi. Nak bodek PAS. Apa salahnya membodek PAS? Mana tahu. Kut kut.. .  

CATERER TAK MANDI PAGI KUT? 159 PENUNTUT SEKOLAH ASRAMA KENA FOOD POSIONING. HOORAY! WHO CARES? ESOK MASIH ADA.

 

Jadi, flavour dan rasa roti canai itu masuk ke dalam rambut kepala dia, dan flavour dan rasa rambut kepala dia masuk ke dalam roti canai. Itulah alamat Dunia Ketiga (Third World) dan tahap civilisation yang masih mundur. 


  • boarding school in Lenggong, Perak food poisoning incident
  • 159 students and staff, attributed to food supplied by caterer
  • diarrhea, abdominal pain, and headaches, none required hospitalization.
  • caterer's premises ordered to close 



My Comments: 

11 Sept 2026 — Sekolah Berasrama, Lenggong, Perak: 159 kena keracunan makanan selepas memakan makanan yang disediakan untuk satu program sekolah.

3 Mei 2025 — M__M Johor Bahru, Johor: 16 pelajar mengalami keracunan makanan yang disyaki selepas makan di kantin sekolah.

30–31 Ogos 2024 — M__M Taiping, Perak: 62 pelajar mengalami gejala keracunan makanan selepas makan di dewan makan 

17 Ogos 2024 — Ayer Molek, Melaka: 51 pelajar mengalami keracunan makanan selepas mengambil makanan di dalam kampus.

15 Ogos 2024 — Sekolah Berasrama, Kuala Nerus, Terengganu: 32 pelajar mengalami keracunan makanan, yang dilaporkan berpunca daripada telur goreng; dua pelajar dimasukkan ke hospital.

30 Jun 2024 — Sekolah Menengah Berasrama, Batu Pahat, Johor: 90 pelajar dan sembilan guru terjejas selepas makan makanan dari kantin sekolah.

12 Julai 2024 — SM T__nik, Pulau Pinang: 28 pelajar asrama mengalami keracunan makanan selepas makan ayam tandoori dari kantin asrama.

12 Jun 2024 — Sekolah Berasrama Jempol, Negeri Sembilan: 24 pelajar mengalami keracunan makanan selepas makan di dewan makan asrama; 15 pelajar dimasukkan ke hospital.

5 April 2023 — M__M Gerik, Perak: 60 pelajar mengalami keracunan makanan yang disyaki selepas memakan ayam masak merah yang dipercayai menggunakan ayam yang telah rosak.

Siapa peduli?  Who cares? Esok boleh racun lagi. Kontrak jalan lagi. 

Apa yang saya pernah lihat dengan mata saya sendiri ialah ada pembekal ayam yang tidak mempunyai peti sejuk. Ais pun tidak ada.

Ayam disembelih pada awal pagi, katakan pukul 4 atau 5 pagi. Selepas itu, ayam tersebut dicampakkan begitu sahaja di belakang lori untuk dihantar ke pasar atau kepada katerer. Tiada penyejukan. Tiada peti ais.

Apabila ayam sampai ke tempat tujuan, mereka mungkin mula memasaknya pada pagi atau lebih lewat. Ini bermakna mungkin 5 hingga 6 jam sudah berlalu sejak ayam itu disembelih. Dalam tempoh tersebut, bakteria boleh membiak dengan banyak, terutama jika ayam disimpan pada suhu yang tidak selamat (suam).

Kemudian ayam itu dimasak dan selepas dimasak, ia dibiarkan lagi di dalam periuk — sekali lagi tanpa penyejukan. Mereka mungkin menghidangkannya pada waktu makan tengah hari, atau kalau anak anda kurang bernasib baik, ayam dihidang pada waktu petang atau makan malam.

Semuanya tanpa penyejukan. No refrigeration. Bakteria sudah mencapai 'highly cultured'.  Atau bakteria yang berbudaya tinggi. (Joking ok).

Perkara yang sama berlaku kepada makanan lain yang mereka masak. Tiada refrigeration yang cukup.

Hampir satu hari penuh boleh berlalu antara masa ayam disembelih dengan masa ia akhirnya dihidangkan sebagai makanan — dan sepanjang tempoh tersebut, ayam itu tidak disimpan pada suhu (temperature) yang selamat. Atau dalam bekas yang bersih dan ditutup ketat.  Maka terjadilah food poisoning.

Masalahnya ialah kebersihan asas. Basic hygiene tak ada. Ramai orang tidak membasuh tangan.  Why not hantar mereka berkursus ke negeri Cina? Mungkin mereka boleh belajar cara untuk hilangkan bau busuk. 

Saya pernah melihat sendiri sebahagian daripada mereka keluar dari tandas tanpa membasuh tangan. Adakah mereka mandi sebelum memasak makanan? Adakah mereka menggunakan sabun ketika mandi? Adakah periuk, kuali, sudu, senduk dan peralatan dapur bersih?  Atau mungkin ada juga bulu anak kucing yang turut memberikan perisa rasa kepada makanan?

Jelas sekali dalam kes-kes keracunan makanan ini, katerer mempunyai tahap kebersihan yang sama dengan bakteria. Mungkin mereka belajar di sekolah yang sama dengan bakteria. 

Semasa saya berada di Amerika Syarikat (tahun 1980an), saya bekerja selama hampir empat tahun di sebuah kafeteria gergasi di kampus yang menyediakan makanan untuk lebih 6,000 orang setiap hari. Di situlah saya belajar tentang kebersihan dan hygiene dalam penyediaan makanan. (Gambar bawah: sebahagian kecil kafeteria Union Memorial pada hari ini).

Apabila mengendalikan makanan, kami disuruh jangan sekali-kali menyentuh muka, kepala, rambut atau janggut dengan tangan. Jangan sentuh mana-mana bahagian badan selain daripada tangan di bawah siku.

Tangan mesti sentiasa dibasuh dan dikeringkan. Jangan sekali-kali meletakkan makanan di atas lantai atau di dalam troli di bawah paras lutut.

Pastikan kaunter makanan sentiasa amat bersih. Kain yang digunakan untuk mengelap kaunter dan peralatan memasak mesti dicuci setiap hari menggunakan sabun detergent. 

Makanan yang sudah dihidang lebih daripada empat jam mesti dimasukkan ke dalam peti sejuk atau dibuang. Itulah antara peraturan asas yang kami perlu patuhi.

Kemudian kami diajar cara memastikan setiap bahagian kaunter sentiasa bersih. Ada kaedah tertentu untuk membersihkan bahagian penjuru (sharp corners). Ambil sehelai kain lap, gulungkannya sehingga membentuk hujung yang tajam, celupkan ke dalam bahan pencuci atau cuka, kemudian gunakan hujung tajam tersebut untuk membersihkan bahagian-bahagian penjuru.

Itulah antara alamat negara maju dan civilisation yang lebih maju.

Sebagai perbandingan saya teringat ketika isteri saya belajar di universiti Islam pada awal tahun 1990-an. Penjual roti canai di kafeteria universiti ketika itu akan sapu tangan dia yang berminyak pada rambutnya untuk menghilangkan minyak.

Jadi, flavour dan rasa roti canai itu masuk ke dalam rambut kepala dia, dan flavour dan rasa rambut kepala dia masuk ke dalam roti canai. Itulah alamat Dunia Ketiga (Third World) dan tahap civilisation yang masih mundur. 

Itulah asas kebersihan dalam memasak, menyediakan dan pengendalian makanan.

Doa masuk toilet, doa keluar toilet ok. Tapi jangan lupa basuh tangan bila keluar daripada toilet.

The views expressed are those of the writer and do no necessarily reflect those of MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.