Ketua penerangan PAS mendakwa kenyataan berhubung Jemaah Menteri menimbulkan kebimbangan serius berhubung campur tangan eksekutif dalam urusan legislatif.

Fahmi menyifatkan dakwaan Fadhli tersasar daripada fakta kerana menteri telah menjelaskan usul dibentang di Dewan Rakyat akan disesuaikan bagi membolehkan perkara terbabit dirujuk secara rasmi ke JHKP untuk dipertimbangkan mengikut aturan ditetapkan.
“Seeloknya, Fadhli membaca dan menghayati kenyataan tersebut terlebih dahulu sebelum membuat tuduhan melulu.
“Tambahan pula, bukankah Takiyuddin sendiri telah menyatakan kesediaan untuk perkara ini dirujuk ke jawatankuasa berkenaan?” katanya dalam kenyataan.
Semalam, usul menggantung Takiyuddin daripada sidang Dewan Rakyat selama enam bulan susulan kenyataannya mengaitkan latihan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia di Masjid Rusila di Terengganu dengan peristiwa Memali di Baling, Kedah pada 1985 ditangguhkan.
Hari ini, Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi, Azalina Othman Said dilaporkan berkata, Jemaah Menteri membuat keputusan supaya Takiyuddin dirujuk kepada JHKP bagi tujuan penelitian lanjut selaras Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.
Azalina berkata usul dibentang di Dewan Rakyat akan disesuaikan bagi membolehkan perkara terbabit dirujuk secara rasmi ke jawatankuasa itu untuk dipertimbangkan.
Katanya, keputusan itu diambil selepas mengambil kira pandangan dibangkitkan semasa perbahasan dan untuk memastikan Ahli Parlimen juga diberi ruang didengar dalam JHKP.
Bagaimapun, Fadhli dalam kenyataan hari ini mendakwa kenyataan itu menimbulkan kebimbangan serius berhubung campur tangan eksekutif dalam urusan legislatif kerana tatacara dan disiplin Ahli Parlimen adalah bidang kuasa eksklusif Dewan Rakyat, bukannya Jemaah Menteri.
Sebelum ini, Takiyuddin dalam perbahasan memohon usul penggantungannya selama enam bulan dipinda dan dirujuk kepada JHKP bagi memberi ruang kepadanya mempertahankan diri. - FMT

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.