Semua lelaki berusia lingkungan 20 hingga 40-an itu didakwa di mahkamah minggu lalu.

Ketua Polis Pahang, Yahaya Othman, berkata semua lelaki berusia lingkungan 20 hingga 40-an itu didakwa di mahkamah minggu lalu.
“Sedang dalam proses dikenakan tindakan gantung kerja sementara kes mahkamah terhadap semua mereka selesai,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau turut meminta semua pihak menghentikan spekulasi mengenai kes berkenaan dan memaklumkan tindakan sewajarnya telah diambil kepada mereka yang dipercayai terlibat.
Sebelum ini, media melaporkan dua polis berpangkat inspektor dan lima anggota berpangkat koperal serta lans koperal ditahan dalam serbuan pada 2.15 pagi, 3 Jan lalu.
Hasil saringan awal air kencing turut mendapati seorang pegawai dan lima anggota positif dadah.
Kes disiasat mengikut Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15 (1)(a) akta sama. - FMT


No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.