`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Thursday, January 15, 2026

KJ, Nazri hadir sidang Pemuda Umno esok

Ketua Pemuda Akmal Saleh kata semua bekas ketua Pemuda diundang ke persidangan kali ini.

Khairy Jamaluddin dan Nazri Aziz dikatakan akan membuat penampilan pada persidangan Pemuda bersempena PAU 2025.
KUALA LUMPUR:
 Bekas ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, akan menghadiri persidangan Pemuda Umno bersempena perhimpunan agung parti, esok.

Turut akan membuat penampilan adalah Nazri Aziz, yang memangku jawatan tersebut dari 1994 hingga 1996.

Ketua Pemuda Dr Akmal Saleh memaklumkan kehadiran bekas pemimpin utama sayap berkenaan dijangka memberi suntikan semangat kepada para perwakilan.

“Kita jemput semua mantan ketua pergerakan ke persidangan,” katanya kepada pemberita, selepas perasmian Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri Umno 2025 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, esok.

Khairy menggalas jawatan ketua sayap dari 2009 hingga 2018, di bawah dua presiden iaitu Abdullah Ahmad Badawi dan Najib Razak.

Beliau mengambil alih jawatan tersebut daripada Hishamuddin Hussein, dan diikuti oleh Asyraf Wajdi Dusuki.

Presiden Zahid Hamidi, yang juga ketua Pemuda dari 1996 hingga 1998, dan Asyraf yang memimpin sayap itu dari 2018 hingga 2023, akan turut menyertai persidangan esok.

Sementara itu, Akmal memaklumkan usul-usul yang akan dibawa Pemuda pada persidangan kali ini akan diumumkan esok. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.