`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Thursday, January 15, 2026

Penyatuan Melayu: Pemuda gesa Umno ambil kira demografi P Pinang

Demografi di Pulau Pinang memerlukan Umno berfikir secara strategik, kata perwakilan Pemuda negeri.

penang-georgetown
Pemuda Pulau Pinang kata gabungan parti-parti Melayu masih tidak boleh bentuk kerajaan negeri walaupun menang semua kerusi majoriti Melayu. (Gambar Pexels)
PETALING JAYA:
 Pemuda Pulau Pinang memohon pimpinan Umno mengambil kira situasi Umno di Pulau Pinang apabila mempertimbangkan idea penyatuan Melayu.

Perwakilannya, Ahmad Zaki Shah Shah Headan, mengingatkan gabungan parti-parti Melayu masih tidak boleh membentuk kerajaan, walaupun memenangi semua 15 kerusi DUN majoriti Melayu, daripada 40 kerusi sedia ada.

“Demografi Pulau Pinang memaksa kita berfikir secara strategik. Kami Umno Pulau Pinang mohon pimpinan Umno melihat situasi ini sebelum menentukan hala tuju,” katanya, ketika berucap membahaskan ucapan dasar ketua Pemuda sempena Perhimpunan Agung Umno 2025 di Pusat Dagangan Dunia (WTC).

Kedudukan semasa menyaksikan Pakatan Harapan menduduki 27 kerusi, dengan DAP memegang 19 kerusi, PKR tujuh dan Amanah satu.

Bersama Umno yang menduduki dua kerusi mereka membentuk blok pemerintah.

Pembangkang menduduki 11 kerusi, yang mana PAS dan Bersatu masing-masing menduduki tujuh dan empat kerusi. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.