Gerai jualan mercun dan bunga api itu mempunyai permit sah bermula 19 Feb lalu hingga esok.

Datuk Bandar Seberang Perai, Baderul Amin Abdul Hamid, berkata selain pembatalan permit, pihaknya turut menjalankan pemeriksaan ke atas gerai mercun dan bunga api lain di kawasan sekitar.
“Kami memandang serius kes ini dan keutamaan kami adalah memastikan keselamatan awam melalui pemantauan dan penguatkuasaan lebih ketat,” katanya menurut Berita Harian.
Beliau berkata, gerai mercun dan bunga api yang terletak bertentangan restoran Nasi Kandar Naseer itu mempunyai permit sah bermula 19 Feb lalu hingga esok.
“MBSP akan memperketatkan lagi syarat permit, termasuk mewajibkan setiap gerai dilengkapi alat pemadam api, mempunyai perlindungan insurans sah serta mematuhi keperluan keselamatan tambahan yang ditetapkan dari semasa ke semasa.”
Kebakaran itu turut merebak ke tiga unit pendingin hawa di luar sebuah rumah berhampiran.
Susulan itu, Pemuda Bersatu Nibong Tebal menggesa polis menjelaskan sama ada permit jualan bunga api sudah dikeluarkan kepada gerai terbabit. - FMT

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.