Mayat Darren Dakun Paruscrum ditemui 11.19 malam tadi, kira-kira 5m dari tebing Sungai Plan Lot.

Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak memaklumkan mayat Darren Dakun Paruscrum, 12, ditemui orang awam pada 11.19 malam tadi, kira-kira 5m dari tebing sungai.
“Selepas menerima panggilan pada 11.20 malam daripada orang awam mengenai penemuan itu, bomba bergegas ke lokasi kejadian. Mayat dibawa naik ke tebing oleh penduduk dengan bantuan pasukan bomba sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan.
Menurutnya, susulan penemuan itu serta hasil perbincangan dengan agensi terlibat di lokasi, operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditamatkan 12.33 tengah malam tadi.
Pada 2 petang semalam, empat remaja berusia 12 hingga 14 tahun bermandi di lokasi berkenaan, tetapi dua daripadanya dipercayai hilang selepas kali terakhir dilihat pada 2.30 petang.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.