`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Monday, March 23, 2026

Penunggang motosikal terjatuh cuba larikan diri, bukan disepak polis

 Pemangku Ketua Polis Seri Alam G Victor berkata penunggang itu terjatuh ketika cuba elak ditahan dan terbabas selepas langgar batu di bahu jalan.

Pemangku Ketua Polis Seri Alam G Victor berkata penunggang motosikal itu ditahan untuk disiasat bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan. (Gambar Instagram)
PETALING JAYA:
 Polis Johor menafikan dakwaan anggotanya menyepak seorang penunggang motosikal sehingga terjatuh, sebaliknya lelaki itu terlanggar batu di bahu jalan ketika cuba melarikan diri daripada ditahan.

Pemangku Ketua Polis Seri Alam, G Victor, berkata kejadian pada 1.30 pagi kelmarin berlaku di Jalan Pulasan, Taman Kota Masai, Pasir Gudang ketika Op Selamat 26 dijalankan dan pihaknya menerima aduan awam berhubung aktiviti lumba haram di lokasi terbabit.

“Setibanya di lokasi, polis mendapati sekumpulan penunggang motosikal sedang berkumpul dan membuat bising.

“Apabila menyedari kehadiran polis, semua penunggang motosikal bertindak melarikan diri ke pelbagai arah.

“Salah sebuah motosikal ditunggang secara melulu ke arah seorang anggota polis dalam cubaan melarikan diri,” katanya menurut Harian Metro.

Terdahulu, tular video di media sosial mendakwa seorang anggota polis menyepak seorang penunggang motosikal sehingga menyebabkan penunggang dan pemboncengnya terjatuh.

Victor berkata, penunggang motosikal itu diarah berhenti untuk pemeriksaan, tetapi terjatuh ketika cuba mengelak ditahan dan terbabas selepas melanggar batu di bahu jalan kiri.

Jelasnya, kejadian itu berpunca daripada tindakan penunggang motosikal itu sendiri dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Katanya, penunggang itu ditahan untuk disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya serta Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas rasmi.

Beliau menasihatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih sehingga boleh menjejaskan ketenteraman awam. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.