`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Monday, March 23, 2026

Mercun meletup: 7 termasuk kanak-kanak cedera, seorang ditahan

 Seorang kanak-kanak berusia 11 tahun dan enam lain cedera disyaki kerana letupan mercun bola.

mercun
Polis menahan seorang lelaki dalam siasatan berkait letupan mercun bola, di Pendang, Kedah. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
 Seorang lelaki ditahan dalam siasatan polis ke atas kecederaan dialami tujuh individu disyaki kerana letupan mercun bola.

Menurut polis, semua mangsa termasuk suspek, 21, mengalami kecederaan pada muka dan badan dalam kejadian di Pendang, Kedah pada Jumaat lepas.

Seorang daripada mereka mengalami kecederaan serius pada mata. Antara tercedera seorang kanak-kanak berusia 11 tahun.

“Ketika kejadian, mercun yang dinyalakan dipercayai masuk ke dalam plastik yang mengandungi mercun lain, menyebabkan letupan kuat,” kata Ketua Polis Pendang, Rodzi Abu Hassan, lapor Bernama.

Kes disiasat mengikut Seksyen 337 Kanun Keseksaan, iaitu menyebabkan cedera dengan perbuatan yang membahayakan nyawa atau keselamatan diri orang lain.

Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai enam bulan, atau denda yang boleh sampai RM1,000, atau kedua-duanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.