`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Monday, March 23, 2026

Pendang, Baling dilanda gelombang haba

 Padang Terap masih dilanda gelombang haba, kata MetMalaysia.

MetMalaysia mengumumkan gelombang haba melanda daerah Pendang dan Baling di Kedah. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
 Daerah Pendang dan Baling di Kedah menjadi kawasan terbaharu dilanda gelombang haba atau cuaca panas Tahap 2, dengan suhu maksimum harian mencecah antara 37 hingga 40 darjah Celsius setakat 4 petang tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan status cuaca panas di Padang Terap, Kedah juga kekal pada Tahap 2.

Sebanyak 15 kawasan lain di Semenanjung berada pada Tahap 1 (berjaga-jaga) termasuk Perlis, Kuala Lumpur serta daerah Sik, Pokok Sena, Kubang Pasu, Pulau Langkawi, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah.

“Amaran sama turut dikeluarkan bagi kawasan Timur Laut dan Utara di Pulau Pinang, selain Hulu Perak, Selama, Kinta dan Kuala Kangsar di Perak,” menurut kenyataan.

Gelombang haba Tahap 2 berlaku apabila suhu harian berada antara 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

Tahap berjaga-jaga berlaku apabila suhu maksimum harian antara 35 hingga 37 darjah Celsius untuk tempoh sama. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.