Bomba laksana misi kemanusiaan selepas menerima permohonan Pusat Transplan Nasional Hospital Kuala Lumpur.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor, Muhammad Tarmizi Md Jaafar, berkata misi dilaksanakan susulan permohonan Pusat Transplan Nasional Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang menerima organ pendermaan daripada Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), Kluang.
Bomba membawa pasukan perolehan organ bersama peralatan perubatan dari lokasi pengambilan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jalan Kota Tinggi, Kluang ke Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Aviation Technology (UniKL MIAT), Subang.
“Operasi menggunakan helikopter jenis Mi-17 itu melibatkan sembilan anggota diketuai Faizal Abd Latif, bersama tiga petugas perubatan dengan muatan peralatan dianggarkan seberat 40kg. Helikopter mendarat di padang SMK Jalan Kota Tinggi pada 12 tengah hari sebelum berlepas ke destinasi seterusnya.
“Misi ini dikategorikan sebagai operasi ‘Medical Evacuation’ (MEDEVAC) yang memerlukan tindakan pantas serta koordinasi rapi antara agensi bagi memastikan organ berada dalam keadaan optimum untuk pemindahan kepada penerima,” menurut kenyataan.
“Kerjasama erat antara Kementerian Kesihatan dan bomba mencerminkan keprihatinan serta kecekapan agensi kerajaan dalam usaha menyelamatkan nyawa melalui pendermaan organ,” katanya. - FMT

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.