'Bekalan stesen minyak terjejas kerana jurang harga subsidi, pasaran kian besar'
Alyaa Alhadjri
Diterbitkan: Apr 13, 2026 9:00 AM
Dikemaskini: 9:22 AM
- perbezaan melebar antara harga subsidi dan harga pasaran utk bahan api
- di samping kos tambahan untuk pembelian digital
- antara sebab stesen minyak tertentu di negara ini kehabisan bahan api.
- meskipun jaminan kerajaan bahawa petrol dan diesel cukup hingga akhir Mei
memberitahu Mkini sebarang gangguan bekalan melangkaui isu logistik sementara
"Gangguan bekalan semasa bukan sekadar isu logistik sementara
tetapi mencerminkan ketidakpadanan struktur dalam sistem semasa.
OSTB: ketidakpandaian means not clever
- "Pengusaha beroperasi dalam margin terkawal sebagai 'price taker'
- namun menanggung kos dan risiko yg semakin meningkat
- tanpa keupayaan untuk menyesuaikan harga
- disokong Dewan Perniagaan Melayu M'sia & Majlis Tindakan Ekonomi M'sia
susulan laporan stesen minyak tertentu telah kehabisan diesel
harga runcit semasa diselaraskan setiap minggu sejak April 2017
mewujudkan "ketidakpadanan" dgn harga sebenar stok yg dibeli oleh peniaga
- "Ini wujudkan situasi harga runcit berubah lebih cepat dpd kos stok di stesen"
- "Implikasinya, pengusaha terdedah kepada risiko turun naik harga.
- Dalam keadaan harga menurun, mereka terpaksa menjual stok yang dibeli pada harga lebih tinggi tanpa mekanisme pampasan, menyebabkan kerugian stok"
- pengusaha perlu beli bahan api pada harga pasaran penuh
- tetapi menjual kepada pengguna pada harga subsidi yang lebih rendah
- "Perbezaan harga tersebut tidak dibayar terus kepada pengusaha
- sebaliknya dituntut oleh syarikat minyak daripada kerajaan.
- pengusaha secara efektif dahulukan pembiayaan subsidi guna modal sendiri
- modal ini boleh mencecah ratusan ribu ringgit pada satu-satu masa.
- pengusaha bukan sekadar pengedar runcit, tetapi pembiaya sistem subsidi
- 8 April Kementerian umum naik harga 70 sen kpd RM6.72 seliter diesel
- meskipun terdapat penurunan harga minyak global
- juga umumkan RON97 naik 40 sen kpd RM5.35 seliter
- RON95 naik 40 sen kepada RM4.27 seliter.
- RON95 bersubsidi kekal RM1.99 seliter
- diesel subsidi RM1.88, RM2.05 dan RM2.15 seliter pada sektor industri
- Penstrukturan semula diperlukan
- kenaikan harga meningkatkan keperluan modal kerja dgn mendadak
- lebih 3,000 peniaga stesen minyak Bumiputera
- model perniagaan yang semakin tidak mampan
- pengusaha bumiputera bergerak utk menjual stesen minyak mereka
"Tekanan ini dipengaruhi lagi oleh kelewatan penerimaan bayaran (T+1 atau lebih lama), yang menyebabkan modal kerja terkunci dalam sistem dan meningkatkan kebergantungan kepada pembiayaan jangka pendek serta kos kewangan tambahan,"
gesaan untuk semakan menyeluruh terhadap mekanisme penetapan harga, struktur kos dan reka bentuk dasar bagi memastikan daya maju stesen minyak
- pembelian tanpa tunai mengenakan kos tambahan 1% melalui MDR
- "diesel RM6.72 seliter, caj MDR 1% (6.72 sen seliter)
- lebih separuh profit margin pengusaha
- "Bagi 50,000 liter diesel menjana pendapatan kasar RM6,400
- tetapi caj MDR sebanyak RM3,360
- Selepas tolak kos operasi, keuntungan sangat minimum atau negatif
mewujudkan ketirisan indirect melalui kos transaksi
https://www.malaysiakini.com/news/772444
My Comments:
Sekali lagi pengusaha kecil SME seperti stesen minyak terpaksa tanggung beban yang lebih. Syarikat minyak gergasi yang menjual minyak kepada stesen minyak menerima bayaran penuh secara cash. Ikut laporan Malaysiakini stesen minyak terpaksa tanggung financial cost dan opportunity cost sebab mereka terpaksa bayar harga mahal (termasuk sabsidi) tetapi jual minyak pada harga sabsidi yang lebih murah. Harga beli yang mahal tolak harga jualan bersabsidi yang lebih murah = jumlah cash yang mereka akan claim balik daripada kerajaan.
Kalau sistem kerajaan untuk stesen minyak claim balik duit sabsidi adalah efficient maka masalah ini tidak akan timbul. Tetapi kalau kerajaan slow untuk membayar balik duit sabsidi yang didahulukan oleh stesen minyak maka kemungkinannya akan ada stesen minyak yang akan rugi besar dan terpaksa tutup kedai.
The most important thing adalah yang berikut. Stesen minyak ramai. Syarikat pembekal minyak (oil companies) satu atau dua sahaja. Stesen minyak bumiputera saja lebih 3,000 ahli. Maknanya sekurang-kurangnya 3,000 undi. Stesen minyak bukan Melayu mungkin ramai lagi. Jadi banyak undi boleh hilang. Bukan saja Sabah sudah terbang, tapi Sarawak sampai ke Perlis semuanya boleh melayang.
Dont say I did not warn you.
The views expressed are those of the writer and do not necessarily reflect those of MMKtT.


No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.