`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



Thursday, May 7, 2026

Jangan beremosi, utamakan kestabilan negeri dan negara, kata Loke

 Setiausaha Agung DAP tegaskan sebarang keputusan perlu dibuat secara bijaksana agar hubungan dalam kerajaan perpaduan terus kukuh dan pentadbiran stabil.

Anthony Loke Siew Fook
Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook ketika berucap pada Ceramah Perdana Pimpinan Utama PH di Tapak Parkir Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam ini. (Gambar Bernama)
SEREMBAN:
 Semua pihak perlu bertindak tanpa mengikut emosi dalam menghadapi kemelut politik di Negeri Sembilan, sebaliknya memberi keutamaan kepada kestabilan kerajaan negeri serta persekutuan, kata Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook.

Beliau menegaskan keutamaan ketika ini adalah memastikan pentadbiran kerajaan negeri dan persekutuan berjalan lancar

“Saya berkongsi pandangan dengan Saifuddin Nasution Ismail (ketua setiausaha Pakatan Harapan), sebagai pimpinan tidak boleh bertindak atas emosi. Kita mesti bertindak atas kebijaksanaan,” katanya ketika berucap dalam Program Ceramah Perdana Pimpinan Utama Pakatan Harapan (PH) di Tapak Parkir Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

“Apa kita nak hari ini adalah agar negeri stabil, kerajaan (persekutuan) stabil. Kalau kerajaan negeri stabil, barulah kerajaan persekutuan stabil (Justeru) kena sabar dan ada strategi.”

Beliau turut menambah, kestabilan politik juga penting dalam memastikan hubungan kerjasama antara parti dalam kerajaan perpaduan, termasuk dengan Barisan Nasional (BN) terus terpelihara.

Selain Loke dan Saifuddin, Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun yang juga Adun Sikamat, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Speaker DUN Negeri Sembilan MK Ibrahim Abd Rahman turut hadir pada program ceramah itu.

Mengulas sentimen dalam kalangan penyokong yang mahu tindakan lebih agresif seperti pembubaran DUN, Loke berkata, beliau memahami perasaan tersebut, namun menasihatkan supaya semua pihak agar bersabar.

“Saya faham ada yang marah, ada yang mahu terus lawan. Jangan bimbang, kita buat kerja kita, tadbir negara dan urus negeri dengan baik. Sampai masa, kita akan lawan,” katanya.

Program Ceramah Perdana PH itu dianjurkan ketika Negeri Sembilan dilanda krisis kepimpinan susulan tindakan 14 Adun BN menarik sokongan terhadap Aminuddin serta kerajaan negeri pimpinannya kerana hilang kepercayaan terhadap menteri besar itu.

Ketua Umno Negeri Sembilan Jalaluddin Alias berkata, keputusan itu dibuat susulan krisis didakwa membabitkan institusi adat dan perlembagaan negeri yang kini menjadi perhatian umum.

BN kemudian mendakwa mempunyai majoriti mudah dalam DUN 36 kerusi untuk membentuk kerajaan negeri, dengan sokongan lima Adun Perikatan Nasional (PN) yang menyatakan kesediaan bekerjasama. Gabungan itu akan menyaksikan blok BN-PN memiliki 19 kerusi, mengatasi 17 kerusi PH di DUN Negeri Sembilan.

Biro Politik Umno bagaimanapun pada Khamis lepas memutuskan parti itu kekal menyokong kerajaan perpaduan Negeri Sembilan, walaupun menghormati pendirian Adun BN yang hilang kepercayaan terhadap Aminuddin. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.