`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 2026

Thursday, May 28, 2026

Tular pukul budak perempuan, 7 pelajar ditahan

 Polis Kota Kinabalu berkata mereka ditahan bagi bantu siasatan kes merusuh dan melakukan ugutan jenayah.

buli pelajar
Kejadian pukul pelajar perempuan berusia 13 tahun disyaki berlaku pada 22 Mei sekitar 8 pagi dengan mangsa dilapor diugut tidak memaklumkan dirinya dipukul kepada ahli keluarga dan polis.
PETALING JAYA:
Tujuh pelajar sekolah menengah ditahan bagi membantu siasatan kes pukul pelajar perempuan berusia 13 tahun, dalam kejadian tular sejak semalam.

Pemangku Ketua Polis Kota Kinabalu, Syed Lot Syed Abdul Rahman, berkata mereka ditahan sekitar 3 petang tadi.

“Tangkapan membabitkan enam pelajar perempuan dan seorang pelajar lelaki berusia 15 hingga 17 tahun.

“Pelajar lelaki ditahan dipercayai bertindak sebagai individu merakam keseluruhan kejadian itu,” katanya kepada Berita Harian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 147 kerana merusuh dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

Sebelum ini, dilapor kejadian disyaki berlaku pada 22 Mei, sekitar 8 pagi, dengan mangsa dilapor diugut tidak memaklumkan dirinya dipukul kepada ahli keluarga dan polis.

Mangsa dipercayai dipukul menggunakan tangan oleh lima pelajar perempuan sehingga mengalami lebam pada kedua-dua bahu dan kaki, dan lebam pada telinga kiri serta luka kecil pada lutut kiri.

Siasatan lanjut polis mendapati mangsa dan semua suspek adalah pelajar daripada beberapa sekolah berbeza di sekitar Kota Kinabalu.

Semua mereka dipercayai saling mengenali menerusi satu kumpulan WhatsApp dikenali sebagai ‘Angel’. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.