`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 2026

Thursday, May 28, 2026

Agrobank lancar akaun bantu umat Islam rancang ibadah korban

 Akaun Simpanan AGROKorban-i boleh dibuka serendah RM20 bagi membolehkan pelanggan menabung secara berperingkat sebelum menunaikan ibadah korban.

Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin menyempurnakan Pelancaran Akaun Simpanan AGROKorban-i sambil disaksikan pengurusan kanan Agrobank. (Gambar Agrobank)
PETALING JAYA:
Agrobank melancarkan Akaun Simpanan AGROKorban-i, produk deposit patuh Syariah bagi membantu umat Islam membuat persediaan kewangan lebih terancang untuk melaksanakan ibadah korban.

Akaun itu boleh dibuka serendah RM20, sekali gus memberi peluang kepada pelanggan menabung secara berperingkat sehingga mencapai sasaran simpanan bagi menunaikan ibadah korban.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Agrobank Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata ibadah korban bukan hanya memerlukan keikhlasan dan kemampuan, tetapi juga perancangan kewangan yang baik.

“Melalui Akaun Simpanan AGROKorban-i, Agrobank ingin membantu pelanggan membina tabungan secara konsisten agar hasrat untuk menunaikan ibadah korban dapat direalisasikan dengan lebih mudah,” katanya.

Beliau berkata produk itu turut bertujuan memupuk budaya menyimpan dengan matlamat jelas, selain memberi manfaat kepada diri, keluarga dan komuniti.

Menurut Agrobank, pihaknya menyasarkan 5,000 bahagian korban dapat dilaksanakan pada 2027 menerusi akaun simpanan itu di seluruh cawangannya.

Pelancaran akaun berkenaan disempurnakan Tengku Ahmad Badli di Agrobank Cawangan Tanjung Karang, bersempena program Agro Korban 2026.

Program tahunan itu adalah inisiatif Agrobank menyantuni komuniti melalui pelaksanaan ibadah korban dan pengagihan daging korban kepada masyarakat setempat.

Maklumat lanjut mengenai Akaun Simpanan AGROKorban-i boleh diperoleh di laman web Agrobank atau mana-mana cawangan Agrobank berdekatan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.