`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 2026

Thursday, May 28, 2026

Ryt Bank lancar pelaburan serendah RM1

 Ryt Invest menawarkan pilihan SavePlus, Income dan Gold bagi memenuhi matlamat kewangan berbeza.

Wilson Soon (tiga dari kanan) bersama Pengarah Urusan Kumpulan OPUSAsset, Siaw Wei Tang semasa majlis pelancaran Ryt Invest. (Gambar Ryt Bank)
PETALING JAYA:
Ryt Bank melancarkan Ryt Invest, ciri pelaburan dalam aplikasinya yang membolehkan pengguna melabur serendah RM1 menerusi dana diurus Opus Asset Management Sdn Bhd.

Ciri itu menawarkan akses kepada pilihan pelaburan patuh Syariah tanpa caj jualan, selain membolehkan pelanggan mengurus simpanan dan pelaburan dalam satu aplikasi.

Ketua Pegawai Eksekutif Interim Ryt Bank Wilson Soon berkata Ryt Invest bertujuan memudahkan lebih ramai rakyat Malaysia melabur tanpa menganggapnya rumit, mahal atau terpisah daripada urusan perbankan harian.

“Dengan Ryt Invest, kami membuka akses kepada kepakaran pelaburan yang dipercayai institusi besar melalui aplikasi selamat yang sama digunakan pelanggan,” katanya.

Ryt Invest menawarkan tiga pilihan, iaitu SavePlus untuk pelaburan lebih stabil dan berisiko rendah, Income bagi pulangan jangka panjang konsisten, serta Gold untuk pendedahan kepada pelaburan bertemakan emas.

Ryt Bank turut menawarkan bonus pelancaran 1% setahun berdasarkan nilai pelaburan pelanggan, tanpa had maksimum, untuk tempoh terhad.

Kempen itu berlangsung dari 28 Mei hingga 31 Ogos 2026. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.