`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, May 6, 2017

PAS MAHU UG DI SELANGOR?

DARI SUDUT LAIN
Mengikut mood muktamar PAS yang lepas, hampir pasti hubungan PAS dan PKR sudah di penghujung jalan. Rata-rata akar umbi bersetuju untuk putus daripada parti yang menerajui kerajaan Selangor itu. Dewan Ulama, Dewan Pemuda dan muktamar induk semuanya sudah bersetuju untuk bercerai talak tiga dengan PKR. Cuma menunggu pengesahan dari Majlis Syura sahaja sebagai badan pemutus tertinggi parti tersebut.
Baca:
Respon daripada parti-parti lain terhadap usul tersebut semuanya menjurus kepada nasib kerajaan Selangor. DAP, PKR dan PAN kebanyakan mendesak supaya PAS keluar dari kerajaan Selangor. Sebaliknya PAS pula menerusi kenyataan Ketua Pemudanya, Ustaz Khalil Abdul Hadi kelihatan masih mahu mengekalkan jawatan di Selangor kerana mendakwa kerajaan Selangor bukan milik PKR.
Baca:
Pendirian PAS untuk terus berada dalam kerajaan sememangnya boleh dijangka. Bukan kerana mereka sayangkan jawatan. Ini boleh dilihat apabila mereka sanggup memberikan laluan kepada PKR untuk menjadi MB sebanyak dua kali walaupun jumlah kerusi mereka di Selangor lebih banyak dari PKR. Tetapi mereka mempertahankan jawatan kerana memikirkan kuasa politik orang Islam.
Untuk membentuk kerajaan, 29 kerusi DUN diperlukan sebagai majoriti mudah. Jika dihitung jumlah kerusi DAP, PKR dan PAN sekarang, 17 daripadanya bukan Islam manakala Islam hanya 12 orang. Sudah tentu kerajaan yang bakal terbentuk selepas PAS keluar daripada kerajaan dibarisi oleh majoriti pemimpin bukan Islam. Berdasarkan sikap parti-parti komponen PH terhadap Islam kebelakangan ini, penguasaan bukan Islam tentu sekali boleh mengancam kedudukan Islam dalam negeri tersebut. PAS yang berjuang untuk memastikan Islam berkuasa pasti tidak akan redha dengan kedudukan tersebut.
Baca:
Seperkara lagi yang perlu dirisaukan adalah mengenai kestabilan politik dalaman negeri. Perubahan pentadbiran akan menyebabkan krisis kestabilan politik bukan sahaja pada jawatan-jawatan yang disandang PAS, malah ia akan turut mengancam jawatan MB. Umum mengetahui bahawa Azmin Ali tidak sebulu dengan Presidennya Wan Azizah dan beberapa pemimpin lain seperti Rafizi dan Saifudin. Sekarang sudah kedengaran desas-desus empat ADUN PKR mahu lompat parti. Tanpa PAS yang menjadi tongkat untuk Azmin mempertahankan kedudukannya, besar kemungkinan projek gila seperti Langkah Kajang yang mengheret campur tangan istana akan berlaku sekali lagi.
PAS telah menunjukkan sikapnya yang menolak ancaman terhadap kestabilan politik baik di peringkat nasional mahupun negeri dalam beberapa peristiwa sebelum ini. PAS menolak untuk menyertai kempen tolak Najib, menolak untuk membuat undi tidak percaya dan tidak menolak bajet yang dibentang atas alasan yang sama, menghormati government of the day dan menjaga kestabilan politik supaya tidak menyusahkan rakyat. Alasan yang sama juga dipakai dalam isu Langkah Kajang. Ketika krisis kepimpinan Umno Terengganu yang menyebabkan bekas Menteri Besarnya Dato Seri Ahmad Said keluar parti, PAS tidak mengambil peluang untuk mengajak beliau menyertai mereka untuk membentuk kerajaan baharu, juga atas alasan sedemikian. Maka mustahil PAS akan membiarkan Selangor dalam keadaan tidak stabil selepas ini.
Baca:
Sebenarnya tiada apa yang pelik jika PAS masih dalam kerajaan walaupun tidak bergabung dengan PKR atau DAP. Model kerajaan seperti ini disebut Kerajaan Campuran. Malah Azmin juga boleh meminjam idea yang pernah dikemukakan sebelum ini, iaitu model Kerajaan Perpaduan atau Unity Government(UG), sebuah kerajaan tanpa parti pembangkang. Model ini pernah dipopularkan oleh Dato Seri Abdul Hadi di zaman Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi dahulu. Iaitu semua parti politik berada dalam kerajaan di posisi-posisi tertentu mengikut nisbah penguasaan kerusi di parlimen. Model Kerajaan Campuran ini telah dilakukan di UK dan Tunisia, manakala model UG pernah diamalkan oleh pemerintah Palestin. Walaupun setiap parti saling bersaing setiap kali pilihanraya, tetapi demi kestabilan politik mereka bersepakat membentuk kerajaan bersama berdasarkan komposisi sokongan rakyat terhadap mereka.
Baca:
Bentuk pemerintahan UG adalah sangat baik kerana ia tidak lagi berasaskan kepada satu pihak sahaja. Semua jentera kerajaan bebas untuk menilai antara satu sama lain tanpa terikat dengan disiplin parti tersendiri. Setiap parti akan berusaha melaksanakan amanah dengan sebaik mungkin supaya tidak diserang oleh parti lain yang turut berada dalam kerajaan. Ini sudah tentu akan mewujudkan suasana check and balance yang amat baik untuk negeri dan rakyat.
Mungkin inilah yang PAS sedang usahakan, sebuah kematangan berpolitik dalam negara.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.