DIFAHAMKAN 8 buah kereta terpaksa menukar tayar secara berjemaah selepas dikatakan terlanggar sebuah lubang besar di salah sebuah jalan yang tidak dibaiki dan dibiarkan rosak oleh pihak berkuasa di Pasir Gudang, Johor.
Pengirim turut berkongsi beberapa keping gambar dan sebuah video yang merakam suasana ketika mereka sedang menukar tayar secara beramai-ramai di lokasi tempat kejadian.
"Tukar tayar berjemaah disebabkan lubang besar di hadapan Titan Pasir Gudang. Mohon sebarkan," tulis admin Peon JB di facebook.
Kiriman itu menerima pelbagai reaksi orang ramai. Ada yang mempertikaikan kerajaan kerana banyak mengutip cukai namun jalan berlubang dibiarkan sahaja.
Ada juga yang mempertikaikan slogan politik Muafakat Johor dan Sejahtera Pasir Gudang.
"Slogan nak best, Muafakat Johor lah, Sejahtera Pasir Gudang lah, tapi bab jalan sejahtera apa? Semua pundek, MPPG (Majlis Perbandaran Pasir Gudang) tidur," tulis Muhammad Nur Muhammad Syed.
Mohd Hafiz Raslan pula mempersoalkan ke mana hilangnya YB Normala Binti Abdul Samad yang merupakan Ahli Parlimen Barisan Nasional Pasir Gudang yang sebelum ini didakwa bukan main ingin menjadi hero berkaitan isu asap hitam.
Tidak ketinggalan memberikan ulasan ialah salah seorang sahabat kita yang pernah kemalangan akibat jalan tersebut sebelum ini.
"Aku pernah eksiden Jalan Pasir Gudang ni, hanis jahanam gigi aku," tulis Shah Aziz. Tajudin Husaini pula mendakwa beliau pernah terlibat kemalangan di jalan tersebut sehingga terjerumus ke dalam gaung.
Masaalah jalan teruk dan berlubang di daerah Pasir Gudang Johor Bahru sudah disuarakan berulangkali, namun sampai ke hari ini tidak ada langsung tindakan pihak berkuasa.
Malah sudah ramai yang menjadi mangsa terjatuh akibat terlanggar lubang yang tidak dibaiki, terutama penunggang motosikal yang berulang-alik melalui jalan tersebut untuk ke tempat kerja.
Sebelum ini salah seorang sahabat kita yang baru sahaja terjatuh akibat terlanggar lubang di kawasan Pasir Gudang, jatuh sekali lagi tidak sampai 300 meter dari tempat jatuh yang pertama.
Akibatnya kepala beliau cedera teruk, wajahnya berlumuran darah. Rujuk link berikut.
Apapun luahan orang ramai, aku percaya pemimpin-pemimpin Umno dan Barisan Nasional di Johor terutama di Pasir Gudang khasnya, akan terus buat bodoh macam selalu.
Sudah berpuluh kali mungkin beratus kali isu ini dibangkitkan di media sosial, dah ramai yang menjadi mangsa kemalangan akibat kegagalan pemimpin BN menyelesaikan masalah jalan berlubang. Namun mereka tetap seperti biasa, 'buat bodoh'.
-milosuam
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.