`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, July 2, 2018

200,000 dijangka dapat sijil kewarganegaraan

Jumlah itu membabitkan pelbagai kategori dan melibatkan kes yang berbeza.
Tan Sri Muhyiddin Yassin. (Gambar Bernama)
PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan seramai 200,000 orang dijangka akan mendapat sijil kewarganegaraan membabitkan pelbagai kategiru dan kes berbeza.
Muhyiddin berkata, mereka yang memperoleh sijil kewarganegaraan itu dikaji bersandarkan kepada perlembagaan dan kemanusiaan.
“Sebahagian kes ni kes lama sebab mereka lahir disini tapi sebab masalah dokumen atau sebab lain mereka tak ada sijil (kewarganegaraan),” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di Jabatan Pendaftaran Negara hari ini.
Muhyiddin turut menyatakan satu jawatankuasa dibentuk bagi meneliti isu kewarganegaraan membabitkan kad pengenalan merah seperti yang dijanjikan dalam manifesto Pakatan Harapan (PH).
Jawatankuasa itu membabitkan beliau dan Menteri Sumber Manusia M Kulasegaran.
“Kaum minoriti India dan lain-lain yang setakat ni tidak mendapat sijil kewarganegaraan atas sebab tertentu walaupun telah lama di Malaysia agar dapat kita selesaikan.
“Saya percaya dalam masa seminggu, dua ini kita boleh selesai sebahagian,” katanya.
Muhyiddin berkata mereka sepatutnya memperoleh sijil kewarganegaraan kerana sudah lama menetap di sini.
“Memang sepatutnya dapat kewarganegaraan tapi sebab tak dapat sempurnakan beberapa perkara dalam Perlembagaan sebab itu ada isu tertangguguh,” katanya. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.