`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, February 26, 2020

DAP Sokong Anwar Jadi PM Baru, Kata Laporan

(FMT) – Ahli Parlimen DAP akan mengundi Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri baru, susulan peletakan jawatan Dr Mahathir Mohamad kelmarin, lapor Sin Chew Daily.
Seorang ahli Parlimen DAP dilaporkan berkata, parti itu memberi taklimat mengenai perkembangan politik terkini kepada semua ahli Parlimennya di ibu pejabat parti pada tengah hari tadi.
Akhbar itu melaporkan mesyuarat berkenaan berakhir 1.10 tengah hari tadi dan semua ahli Parlimennya menaiki bas ke Istana Negara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong.
Sementara itu, Ahli Parlimen Wangsa Maju, Tan Yee Kew dilaporkan berkata, PKR menandatangani pengisytiharan untuk menyokong Anwar sebagai perdana menteri baru.
Semalam, Barisan Nasional bersama PAS dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) mahu Parlimen dibubarkan dan pilihan raya umum diadakan untuk membentuk kerajaan baru.
Setiausaha Agung Umno, Annuar Musa dilaporkan berkata, keputusan itu dibuat selepas BN dan PAS menolak kerajaan perpaduan yang dicadangkan Mahathir. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.