`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, February 3, 2020

Dr Maza: Isu Sajat bertelekung remeh

Zainul abidin wearing a hat and smiling at the camera: Dr Mohd Asri. FOTO Nur Adibah Ahmad Izam© Provided by Harian Metro Dr Mohd Asri. FOTO Nur Adibah Ahmad Izamam@hmetro.com.my
MUFTI Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berpendapat usahawan sensasi, Nur Sajat yang bertelekung ketika mengerjakan umrah di Makkah hanya perlu dinasihati berbanding perkara itu dibincangkan semua pihak secara meluas.
Mohd Asri berkata, isu Nur Sajat dilihat terlalu remeh sehingga tidak mendatangkan manfaat kepada perkembangan ekonomi negara dan mengembangkan pemikiran rakyat.
“Kita nasihatkan dia (Nur Sajat) sahajalah, rahmat Tuhan itu luas dan mudah-mudahan dengan bermacam peristiwa dan pengalamannya di Makkah, dia berubah.
“Itu sahajalah harapan saya dan kita mendoakan dia untuk kembali ke pangkal jalan kerana kadang-kadang setiap orang ada kesukaran dalam dirinya sehingga terperangkap dengan bermacam keadaan.
“Janganlah kita menyibukkan diri dengan sesuatu berita seperti seorang lelaki memakai telekung dan bersembahyang di kawasan wanita sehingga semua orang nak membincangkannya kerana tidak langsung membantu perkembangan ekonomi dan pendidikan negara kita,” katanya ketika ditemui di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di Kangar, hari ini.
Mohd Asri berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Bangunan Wakaf Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Orang Melayu Perlis (MAIPs) - Pusat Dialisis HTF.
Mengulas lanjut, Mohd Asri berkata, dia secara peribadi tidak mengetahui motif sebenar Nur Sajat yang memakai telekung dan bersolat di kawasan wanita ketika mengerjakan umrahnya.
“Kadang-kadang sesetengah orang ini ada cara dia dalam mencari publisiti khususnya dalam perniagaan tetapi saya pun tak tahu apa niat sebenar dia dengan bertindak sedemikian. Apapun kita nasihatkan dia...kita kata itu satu tindakan yang salah kepadanya,” katanya.
Menurutnya, melakukan kejahatan di Makkah bukanlah sesuatu yang luar biasa kerana di sana juga ada penipu umrah, penipu jualan barangan dan pihak yang menipu kemudian membawa lari hajarul aswad selama 20 tahun ke negara mereka.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.