`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, February 27, 2020

Jho Low penipu, kata pengarah syarikat dalam perbicaraan Najib

Rosman Abdullah berkata, Jho Low mengarahkan anak syarikat Putrajaya Perdana, Permai Binaraya Sdn Bhd, memasukkan RM27 juta ke akaun Najib Razak pada 2014.
KUALA LUMPUR: Pengarah urusan sebuah syarikat yang pernah bekerja dengan Low Taek Jho menyifatkan ahli perniagaan diburu pihak berkuasa itu ialah “effective scammer” kerana memindahkan sejumlah besar wang kepada syarikat itu sebelum mengeluarkan wang berkenaan.
Ketika memberi keterangan dalam perbicaraan SRC International Najib Razak, Pengarah Urusan Kumpulan Putrajaya Perdana Bhd, Rosman Abdullah berkata, beliau hanya nampak belang Low selepas ditahan berhubung dakwaan dana SRC International yang dipindahkan daripada sebuah anak syarikat kumpulan itu kepada akaun bekas perdana menteri.
Katanya, beliau direman dari 25 hingga 28 Julai 2015 dan disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas dakwaan terbabit dalam pemindahan dana itu.
“Saya terkejut dan keliru. Ketika sesi soal siasat, saya diberitahu SPRM yang SRC ialah syarikat milik kerajaan dan akaun ‘AmPrivate Banking-MY’ serta ‘AmPrivate Banking-1MY’ milik Datuk Seri Najib.”
Rosman berkata, beliau menjelaskan kepada SPRM yang Low ialah orang yang memulakan dan mengarahkan transaksi itu serta ketika itu beliau tidak tahu 2 akaun Ambank milik Najib.
“Selepas saya dibebaskan daripada reman, saya diberikan surat pelepasan daripada SPRM dan Jabatan Peguam Negara.”
Katanya, Low mengarahkan anak syarikat Putrajaya Perdana, Permai Binaraya Sdn Bhd memasukkan RM27 juta ke akaun bank Najib pada 2014.
Beliau berkata, setahunya, dana yang digunakan dalam pemindahan itu ialah sebahagian daripada RM170 juta pendahuluan yang diberikan Low kepada syarikat itu untuk tujuan “pelaburan perniagaan”.
Rosman berkata, Putrajaya Perdana di bawah syarikat Low bernama Utama Banking Group atau UGB dan beliau (Rosman) kemudiannya dilantik sebagai pengerusi eksekutif Putrajaya Perdana.
“Beliau (Low) ialah satu-satunya orang yang memberi arahan kepada saya. Juga, saya merujuk Jho Low untuk keputusan besar atau penting.”
Perbicaraan diteruskan di depan Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali esok dan Timbalan Pendakwa Raya ad hoc, V Sithambaram akan menyoal Rosman.
Najib berdepan 6 pertuduhan pengubahan wang dan pecah amanah dalam pemindahan RM42 juta dana SRC International ke akaun peribadinya.
Pihak pendakwaan berkata, Najib tahu RM42 juta itu datang daripada SRC International, di mana RM32 juta digunakan untuk membayar Putra Perdana Construction Sdn Bhd dan Permai Binaraya Sdn Bhd pada Disember 2014.

Beliau turut dituduh menyalahgunakan kuasanya sebagai perdana menteri dengan memberi jaminan kerajaan ke atas pinjaman SRC International sebanyak RM4 bilion dari KWAP. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.