`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, February 27, 2020

Sabar, beri saya masa sebelum keluar kenyataan, kata Mukhriz

Mukhriz Mahathir melambai kepada media ketika meninggalkan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar malam ini. (Gambar Bernama)
ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir meminta diberikan masa sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkembangan semasa politik di Kedah.
“Sabar, bagi peluang saya jumpa dengan rakan-rakan sebelum boleh buat kenyataan. Banyak lagi perkara perlu saya lakukan untuk jamin masa depan Kedah,” katanya ringkas di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di sini, malam ini.
Mukhriz tiba dari Kuala Lumpur kira-kira 8.20 malam tadi dengan diiringi isterinya, Norzieta Zakaria.
Beliau dijangka mengadakan pertemuan khas dengan Exco Kedah di kediaman rasminya di Seri Mentaloon di sini, malam ini.
Perkembangan politik di Kedah masih menimbulkan tanda tanya apabila kedua-dua pihak, blok kerajaan mahupun pembangkang masih “membisu” mengenai sebarang perubahan pentadbiran kerajaan negeri itu.
Kedah mempunyai 36 kerusi Dewan Undangan Negeri dengan PAS mempunyai 15 kerusi, PPBM (6), PKR (7), Amanah (4), Umno (2) dan DAP (2).

Kemelut politik yang tercetus sejak Isnin lalu selepas kerajaan Pakatan Harapan tumbang dan PPBM mengisytiharkan keluar daripada gabungan itu, menimbulkan tanda tanya berhubung kedudukan kerajaan negeri pimpinan PH itu. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.