`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, October 20, 2022

Amanah, PH mahu Dr Dzul pertahan kerusi Kuala Selangor

 

Salahuddin Ayub berkata Amanah yakin penyandang kerusi Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad mampu mengekalkan kerusi itu berdasarkan gerak kerja dilakukannya selama ini.

PETALING JAYA: Amanah dan Pakatan Harapan (PH) mahu penyandang Dr Dzulkefly Ahmad bertanding di Parlimen Kuala Selangor walaupun sebelum ini bekas menteri kesihatan itu menyatakan hasrat mahu mengundur dan memberi laluan kepada orang muda dalam partinya.

Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub, berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira Umno ingin meletakkan Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz sebagai calon di Kuala Selangor.

“Beliau sudah lama menyebut perkara ini kepada pimpinan parti. Kami pun memberi isyarat awal untuk mengizinkannya.

“Tetapi selepas pemimpin Umno mahu meletakkan Tengku Zafrul (sebagai calon di Kuala Selangor), pimpinan Amanah dan juga PH mahu Dzulkefly bertanding semula untuk mempertahankan kerusi itu sekali lagi,” katanya dalam kenyataan.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Tambah Salahuddin, ini kerana bagi Amanah, pilihan raya umum ke-15 (PRU15) ini adalah sangat kritikal dan serius.

“Setiap kerusi adalah penting untuk dimenangi oleh PH,” katanya.

Dalam pada itu, Salahuddin berkata, Amanah yakin beliau mampu mengekalkan kerusi Kuala Selangor berdasarkan gerak kerja lakukan beliau selama ini.

Katanya, rakyat Kuala Selangor mengetahui kegigihan Dzulkefly di samping tugas beliau di peringkat negeri Selangor dan juga sebagai menteri kesihatan sebelum ini.

“Saya mendoakan kejayaan beliau untuk pilihan raya kali ini dan kita sama-sama sekali lagi melaksanakan amanah rakyat untuk negara,” katanya.

Pada Mei lalu, Dzulkefly dilaporkan menyuarakan hasrat untuk mengundur diri dan memberi laluan kepada calon muka baharu atau muda untuk bertanding pada PRU15.

Beliau menyifatkan hasrat berkenaan sebagai perhitungan peribadi selepas menjadi wakil rakyat di kawasan itu selama dua penggal. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.