`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, October 20, 2022

Keluarga pesakit tak patuh peraturan punca kes tular gaduh di hospital

 

Rakaman video tular yang dikatakan melibatkan pertengkaran pengawal keselamatan hospital dan waris keluarga pesakit di sebuah hospital di Perak.

PETALING JAYA: Pertengkaran melibatkan pengawal keselamatan di sebuah hospital di Perak yang menjadi tular di media sosial dipercayai berpunca daripada keluarga pesakit enggan mematuhi peraturan.

Ketua Polis Hilir Perak Ahmad Adnan Basri berkata, siasatan awal mendapati insiden tersebut berpunca daripada isu waris menghantar salinan sinar-x kepada pesakit di dalam wad perempuan di luar waktu melawat.

“Tempoh lawatan yang dibenarkan oleh pihak hospital bermula dari 12.30 tengah hari hingga 2 petang bagi sesi pagi, manakala sesi petang bermula dari 4.30 petang hingga 7 malam. Kejadian didapati berlaku pada 11 malam,” menurutnya dalam satu kenyataan, lapor Bernama.

Beliau berkata, pengawal akan membenarkan waris masuk jika individu yang menjaga pesakit berganti, memandangkan hanya seorang sahaja dibenarkan berada di dalam wad pada satu-satu masa.

“Keengganan pihak waris mematuhi peraturan telah menimbulkan provokasi kepada pengawal yang sedang bertugas sehingga berlakunya pertengkaran.

“Laporan polis yang dibuat oleh pengawal keselamatan yang terlibat di dalam video tular di media sosial itu telah diambil tindakan dan dirujuk kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk dipadamkan,” katanya.

Terdahulu, video berdurasi satu minit 28 saat itu tular di akaun Facebook @Mitra Vani sejak semalam dan meraih lebih 2,000 perkongsian.

Video itu memaparkan seorang pengawal keselamatan lelaki ditenangkan oleh rakan sekerja supaya tidak meneruskan pertengkaran dengan keluarga pesakit. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.