`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, October 11, 2022

Banjir Sabah: 142 mangsa ditempatkan di 4 pusat pemindahan

 

Sejumlah 142 mangsa banjir daripada 36 keluarga ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) di Penampang, Putatan, Papar dan Beaufort.

KOTA KINABALU: Seramai 142 orang daripada 36 keluarga mangsa banjir di Sabah ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) dalam bencana melibatkan Penampang, Putatan, Papar dan Beaufort, setakat 8 pagi ini.

Jumlah itu meningkat berbanding hanya 88 orang daripada 16 keluarga mangsa banjir melibatkan tiga daerah, semalam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Banjir Sabah dalam kenyataan, memaklumkan empat PPS beroperasi ialah Dewan Kebudayaan di Penampang yang menempatkan 20 mangsa daripada empat keluarga; Dewan PPR Sri Keramat, Putatan (61 mangsa daripada 11 keluarga).

Dua lagi PPS ialah Kompleks Latihan dan Pemulihan OKU di Papar (10 mangsa daripada dua keluarga); dan Dewan DSP Mohd Dun Banir, Beaufort (51 mangsa daripada 19 keluarga).

Kesemua PPS berkenaan masing-masing dibuka pada Ahad dan Isnin susulan hujan lebat berterusan, sejak Sabtu lalu.

Cuaca mendung pada pagi ini di sekitar Kota Kinabalu dan pantai barat Sabah, manakala Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan ribut petir di beberapa lokasi dan hujan pada sebelah petang di kawasan terlibat kecuali Putatan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.