`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, October 11, 2022

Saarani menghadap Sultan Perak esok, mohon perkenan bubar DUN

 

Menteri Besar Saarani Mohamad berkata, DUN (Dewan Undangan Negeri) Perak akan dibubarkan jika mendapat perkenan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Menteri Besar Perak Saarani Mohamad akan menghadap Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, esok, untuk memohon perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Saya akan mohon menghadap Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada esok, Rabu,” lapor Berita Harian.

Saarani yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan, berkata DUN Perak hanya akan dibubarkan jika mendapat perkenan Sultan Nazrin.

Semalam, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen untuk memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Ismail juga menggesa kerajaan negeri membubarkan DUN masing-masing, susulan pembubaran Parlimen kecuali Sabah, Sarawak, Melaka dan Johor.

Bagaimanapun, ketika ini hanya negeri dikuasai Barisan Nasional (BN) akan membubarkan DUN, manakala negeri lain belum menyatakan kesediaan sebaliknya menunggu penggal berakhir tahun hadapan.

Perak mempunyai 59 kerusi DUN. BN menguasai 25 kerusi DUN diikuti PN (7) manakala Parti Bangsa Malaysia (3). Pembangkang pula terdiri 24 ADUN iaitu DAP (16) Amanah (5) dan PKR (3). - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.