`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, October 15, 2022

Lif jatuh dari tingkat 8, 2 individu patah kaki

 

Bomba berkata, lif berkenaan jatuh dari tingkat lapan menyebabkan dua daripada enam individu patah kaki. (Gambar JBPM)

PETALING JAYA: Sebuah lif terjatuh dari tingkat lapan menyebabkan dua individu patah kaki manakala empat terselamat dalam kejadian di sebuah blok kondominium di Lengkok Thamby Abdullah, Brickfields, malam tadi.

Kejadian berlaku kira-kira jam 9.45 malam dan ketika itu, terdapat enam individu berada di dalam lif terbabit yang terdiri daripada tiga wanita, dua lelaki serta seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu, pada jam 9.52 malam.

“Seramai 11 anggota bersama satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Hang Tuah dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, kami memaklumkan terdapat lif di blok berkenaan yang terjatuh dari tingkat lapan,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, dalam kejadian itu, mereka yang patah kaki ialah seorang lelaki dan wanita.

“Mereka dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menerima rawatan. Operasi itu tamat sepenuhnya jam 11.35 malam dan punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.