`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, October 24, 2022

MIC sedia tukar kerusi demi kemenangan BN, kata Saravanan

 

Timbalan Presiden MIC, M Saravanan menyambut Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob di rumah terbuka Deepavali di Bukit Damansara, Kuala Lumpur. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: MIC sedia bertukar kerusi yang akan ditandingi dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15), jika parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain memiliki peluang lebih cerah untuk menang di kerusi-kerusi terbabit.

Timbalan Presidennya M Saravanan berkata, langkah itu, untuk kebaikan bersama gabungan itu dan bagi membuktikan sifat positif yang diamalkan antara parti komponen BN.

“Konsep BN ialah kami berbincang dan membuat keputusan secara berhemah,”

“BN selalu positif. Walaupun kami pernah kalah, kami masih bersama. Ada parti tidak sampai dua tahun bersama pun sekarang sudah berpecah lima,” katanya ketika ditemui pada rumah terbuka Deepavali di kediamannya di Bukit Damansara di sini hari ini.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Dalam pada itu, beliau berkata Presiden MIC, SA Vigneswaran akan mengumumkan kerusi yang akan ditandingi dalam PRU15, beserta calon yang akan mewakili mereka dalam masa terdekat.

“Kami telah mengenal pasti kerusi sedia ada dan sedang berbincang sekiranya ada ruang untuk menambah kerusi. Vigneswaran akan membuat pengumuman dalam masa terdekat,” katanya.

Terdahulu, MIC dilaporkan bercadang untuk bertanding di 12 kerusi Parlimen, pada PRU15 yang hari pengundiannya ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya pada 19 Nov.

Pada PRU14, MIC bertanding di sembilan kerusi Parlimen iaitu Sungai Siput dan Tapah di Perak; Sungai Buloh, Hulu Selangor, Kapar dan Kota Raja (Selangor); Port Dickson (Negeri Sembilan); Segamat (Johor) dan Cameron Highlands (Pahang). - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.