`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, October 13, 2022

Pertahan Muar atau tidak, Syed Saddiq umum minggu depan

 

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan mengumumkan sama ada pertahan kerusi Muar pada PRU15 atau berpindah kerusi pada satu majlis minggu depan.

PETALING JAYA: Presiden Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan mengumumkan dalam terdekat sama ada akan mempertahankan kerusi Parlimen Muar atau beralih ke kawasan lain pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Katanya, beliau akan memaklumkan perkara itu sama ada Ahad ini atau Sabtu depan dalam satu majlis di Muar.

“Itu (pertahan kerusi Muar atau sebaliknya) nanti datanglah ke Muar Ahad ini atau Sabtu depan saya akan maklumkan dalam tempoh terdekat,” katanya kepada FMT selepas menghadiri pertandingan debat Hak Asasi Manusia di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya.

Mengulas keputusan Pakatan Harapan (PH) bersetuju membentuk kerjasama dengan Muda bagi menghadapi PRU15, Syed Saddiq berkata ia satu petanda baik untuk gabungan itu kembali merampas Putrajaya.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

“Terima kasih kepada sahabat daripada PH, itu satu perkembangan sangat baik, untuk kita eratkan hubungan bagi memastikan bahawa kita mendapat kemenangan rakyat bersama.

“Saya juga akan terus berunding dengan sahabat PH untuk pastikan bahawa kita mengangkat suara rakyat membawa politik khidmat dan politik dasar sebagai keutamaan dan mengangkat rakyat tak kira agama dan bangsa.

“Gabungan Muda dan PH bukan bersandarkan jawatan semata-mata atau kerusi tetapi ia adalah gabungan bersandarkan kepada idealisme prinsip perjuangan sama yang mengikat kita bersama,” katanya.

Syed Saddiq berkata, pihaknya juga akan berunding dengan PH berhubung penggunaan logo serta pembahagian kerusi.

Pada PRU lalu, Syed Saddiq memenangi Parlimen Muar dengan majoriti 6,953 undi atas tiket Bersatu menewaskan calon Barisan Nasional dan PAS. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.