`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 

21 JUNE 2026

Friday, July 31, 2026

‘Amaran’ Loke hanya strategi kukuh sokongan PH

 Penganalisis berpandangan jaminan Zahid Hamidi untuk terus sokong kerajaan perpaduan sehingga tamat penggal tidak akan berubah hanya kerana keputusan PRN Negeri Sembilan.

anthony loke siew fook
Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook sebelum ini berkata kekalahan PH di Negeri Sembilan boleh membawa ‘implikasi besar’ terhadap kerajaan persekutuan.
PETALING JAYA:
‘Amaran’ Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook kekalahan Pakatan Harapan (PH) pada PRN Negeri Sembilan boleh memberi ‘implikasi besar’ kepada kerajaan persekutuan dilihat lebih kepada strategi menggerakkan penyokong keluar mengundi, berbanding ancaman sebenar terhadap kelangsungan kerajaan perpaduan.

Felo Majlis Profesor Negara, Azmi Hassan, berkata beliau tidak menjangka Presiden Umno Zahid Hamidi akan mengubah pendirian untuk terus menyokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim sehingga tamat penggal hanya disebabkan keputusan PRN Negeri Sembilan.

“Saya rasa Zahid akan mengekalkan jaminan tersebut dan akan menyokong Anwar sehingga Parlimen dibubarkan.

“Saya melihat ini taktik Loke untuk memberikan persepsi jika kalah di Negeri Sembilan, Zahid akan menjadi perdana menteri walaupun tidak dinyatakan secara tersurat tapi tersirat itulah laungan kempen PH iaitu undi BN maksudnya anda mahu Zahid menjadi perdana menteri,” katanya kepada FMT.

Pada 29 Julai lalu Loke berkata, walaupun pemimpin Barisan Nasional memberi jaminan untuk kekal dalam kerajaan perpaduan sehingga tamat penggal pada awal 2028, perkembangan politik sentiasa boleh berubah.

Sekalipun begitu, katanya, PH akan menumpukan perhatian untuk meraih kemenangan bagi memastikan kesinambungan dan kestabilan kerana tiada siapa dapat meramalkan apa akan terjadi, serta menyatakan kelangsungan politik akhirnya bergantung kepada kekuatan sokongan pengundi.

Sementara itu, Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri berkata kestabilan kerajaan perpaduan tidak boleh hanya bergantung kepada jaminan politik kerana pendirian parti boleh berubah mengikut keadaan.

Penganalisis dari Global Asia Consulting berkata, memorandum persefahaman (MoU) kerajaan perpaduan bukan dokumen yang mengikat dari sudut perlembagaan, sebaliknya hanya mempunyai nilai politik dan moral.

Beliau berkata, kenyataan Loke tidak seharusnya dianggap sekadar retorik kempen kerana ia mencerminkan struktur politik kerajaan hari ini yang masih bergantung kepada keseimbangan rapuh.

“Kemenangan atau kekalahan dalam pilihan raya negeri bukan lagi sekadar soal pentadbiran negeri, tetapi turut menjadi ukuran terhadap legitimasi kerajaan pusat,” katanya.

Zaharuddin berkata, jika PH gagal mempertahankan Negeri Sembilan, ia boleh dilihat sebagai petunjuk momentum kerajaan persekutuan semakin lemah, sekali gus meningkatkan kuasa tawar-menawar BN dalam menentukan hala tuju kerajaan.

Menurutnya, cabaran utama kerajaan perpaduan ialah gabungan yang dibentuk untuk menjamin kestabilan kini semakin bergantung kepada rakan politik yang turut membawa kos dari sudut persepsi rakyat.

“PH perlu memikirkan semula strategi jangka panjang kerana kestabilan politik tidak boleh bergantung semata-mata kepada jumlah kerusi atau janji kesetiaan elit politik, sebaliknya perlu dibina atas dasar, integriti institusi dan keyakinan rakyat,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.