`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 

21 JUNE 2026

Friday, July 31, 2026

Kepimpinan bijak mampu tarik limpahan ekonomi ke N Sembilan, kata Asna

 Calon BN Lenggeng berkata Negeri Sembilan mempunyai lokasi dan prasarana strategik untuk menarik pelabur.

Asna Amin dipertaruhkan oleh Barisan Nasional untuk mempertahankan DUN Lenggeng pada PRN Negeri Sembilan. (Gambar Facebook)
SEREMBAN:
Negeri Sembilan memerlukan kepimpinan yang bijak untuk menarik limpahan ekonomi Lembah Klang dan lebih banyak pelaburan, kata calon Barisan Nasional (BN) DUN Lenggeng Asna Amin.

Sehubungan itu, bekas timbalan speaker DUN berkenaan berkata keputusan PRN esok cukup penting untuk menentukan hala tuju pembangunan Negeri Sembilan bagi tempoh lima tahun akan datang.

Katanya, negeri itu mempunyai kelebihan dari segi kedudukan kerana bersempadan dengan Selangor dan terletak berhampiran Kuala Lumpur, dua pusat ekonomi utama negara.

Negeri Sembilan juga, katanya, mempunyai rangkaian Lebuhraya Utara-Selatan, akses ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan kemudahan pelabuhan yang boleh dimanfaatkan untuk menarik pelaburan.

“Kuala Lumpur dan Selangor menerima pelaburan besar, tetapi limpahan ekonominya belum sampai sepenuhnya ke Negeri Sembilan.

“Semua syarat untuk pelabur luar masuk sudah ada, kita cuma memerlukan kepimpinan bijak untuk menarik mereka ke Negeri Sembilan,” katanya dalam temu bual FMT.

Graduan kejuruteraan berusia 47 tahun itu yang akan mempertahankan DUN Lenggeng antara disebut-sebut calon berpotensi diketengahkan dalam pentadbiran kerajaan negeri jika BN menang PRN Negeri Sembilan.

BN tidak menamakan ‘poster boy’ atau calon menteri besar Negeri Sembilan untuk memberi fokus kepada PRN yang menyaksikannya mempunyai persefahaman dengan Perikatan Nasional (PN).

Kelmarin, Presiden Parti Wawasan Negara (Wawasan), Hamzah Zainudin, berkata PN menyerahkan kepada BN untuk memilih calon menteri besar Negeri Sembilan jika menang esok.

Mengulas lanjut, Asna berkata pelaburan itu kelak bukan sekadar membawa pembangunan fizikal, tetapi boleh diterjemahkan kepada peluang pekerjaan yang membolehkan anak muda bekerja dan membina kehidupan di negeri sendiri.

Menurutnya, ramai anak muda terpaksa berhijrah ke luar Negeri Sembilan kerana kekurangan pekerjaan yang menawarkan pendapatan dan masa depan lebih baik.

“Kalau anak muda tidak balik, sukar mengubah kehidupan mereka dan membantu membina masa depan di tempat sendiri,” katanya yang berdepan saingan tiga penjuru menentang calon Pakatan Harapan (PH) serta Bersatu.

Asna menjelaskan, antara keutamaannya jika diberi mandat sekali lagi ialah mengusahakan pembinaan sebuah sekolah rendah dan sekolah menengah bagi memenuhi keperluan penduduk.

Beliau berkata, pertumbuhan pesat kawasan perumahan berhampiran sempadan Selangor menyebabkan jumlah pelajar bertambah, tetapi kemudahan sekolah masih tidak mencukupi.

“Pembangunan perumahan semakin pesat, tetapi sekolah tidak cukup. Berlaku pertambahan pelajar dan ini menjadi cabaran yang perlu diselesaikan,” katanya.

Asna turut mengetengahkan rekod perkhidmatannya sepanjang kira-kira dua tahun lapan bulan sebagai wakil rakyat, termasuk usaha menangani masalah banjir yang sebelum ini membelenggu penduduk Lenggeng.

Katanya, penduduk sebelum ini mula bimbang apabila hujan berterusan lebih sejam kerana paras air boleh naik dengan cepat.

“Alhamdulillah, selepas sungai dan longkang diselenggara dengan baik, masalah banjir dapat diselesaikan,” katanya yang menerapkan konsep ‘buta warna’ dalam berkhidmat untuk rakyat.

“Saya bantu orang tidak tengok baju parti. PAS, PKR atau Umno, saya tidak tengok. Saya tengok dia susah, saya tolong,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.