Ketua Umno Negeri Sembilan berkata tindakan naik sepanduk dengan slogan 'BN Menang, Muhriz Turun' budaya politik lapuk.

Beliau berkata, pendekatan politik sedemikian sudah tidak lagi sesuai diamalkan kerana hanya akan mengeruhkan keharmonian masyarakat, terutama ketika kempen PRN memasuki fasa akhir sebelum hari pengundian Sabtu itu.
“Saya juga ingin menyentuh tindakan menaikkan sepanduk yang memaparkan gambar saya bersama tulisan seperti ‘BN Menang, Muhriz Turun’.
“Pada pandangan saya, tindakan itu sangat tidak wajar kerana ia cuba menanam bibit perpecahan dan memainkan sentimen perkauman.
“Pendekatan politik seperti itu sudah ketinggalan zaman. Ia tidak sesuai diamalkan dalam suasana politik hari ini kerana hanya akan menimbulkan ketidakstabilan dalam masyarakat,” katanya pada sesi libat urus bersama pimpinan masyarakat Negeri Sembilan di MRSM Gemencheh yang turut dihadiri Pengerusi BN Zahid Hamidi.
Jalaluddin yang juga calon Barisan Nasional (BN) Pertang berkata, sepanduk itu mula dinaikkan di beberapa DUN di Parlimen Paroi, Seremban dan Jelebu.
Sehubungan itu, beliau menggesa semua pihak mengelakkan kempen bersifat menghasut atau memecahbelahkan rakyat, sebaliknya menumpukan kepada tawaran dasar serta penyelesaian terhadap isu dihadapi pengundi.
Katanya, rakyat kini lebih matang dalam membuat pilihan dan tidak seharusnya dipengaruhi dengan taktik yang boleh menggugat perpaduan. - FMT

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.