`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 

21 JUNE 2026

Friday, July 31, 2026

BN terbuka bincang terus kerjasama PN di Melaka, kata Zahid

 Pengerusi BN berkata keputusan mengenai kerjasama bergantung kepada perbincangan antara semua pihak kerana situasi politik negara sentiasa berubah.

Zahid Hamidi berkata BN terbuka kepada sebarang perbincangan dengan PN kerana situasi politik ketika ini sangat dinamik. (Gambar Bernama)
JEMPOL:
Barisan Nasional (BN) terbuka menggadakan perbincangan mengenai kemungkinan untuk meneruskan persefahaman dengan Perikatan Nasional (PN) pada PRN Melaka akan datang, kata pengerusinya Zahid Hamidi.

Beliau berkata, keputusan berhubung perkara itu bergantung kepada perbincangan antara semua pihak memandangkan situasi politik negara sentiasa berubah.

“Kita terbuka kepada sebarang perbincangan sebab politik sangat dinamik. Kedinamikan ini mematangkan politik di Malaysia,” katanya pada sidang media selepas menghadiri program Gema @ Kemas DUN Jeram Padang.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada persefahaman BN dengan PN akan diteruskan di Melaka di mana tempoh penggal DUN negeri itu berakhir pada Disember ini.

Pada PRN Negeri Sembilan kali ini, BN bertanding di 25 kerusi, manakala PN bertanding di 11 kerusi DUN susulan persefahaman yang dicapai bersama bagi mengelak pertindihan calon.

Manakala Pakatan Harapan (PH) bertanding di 36 kerusi DUN dan Bersatu (24 kerusi).

Dalam perkembangan lain, Zahid berkata unjuran Ilham Centre bahawa BN dan PN dijangka menang PRN Negeri Sembilan esok adalah satu ramalan yang tidak dapat disahkan.

Beliau berkata data yang digunakan badan pemikir itu hanya melalui responden dalam jumlah kecil.

“Lihat esok bagaimana apabila 100% data dianalisis dengan kira jumlah ikut saluran dan peti undi. Maka itu adalah sesuatu yang sah,” katanya.

Terdahulu, Ilham Centre meramalkan kerjasama gabungan BN dan PN menang PRN Negeri Sembilan esok dengan menguasai 22 daripada 36 DUN manakala PH sekadar menang sembilan kerusi. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.