Presiden Bersatu berkata ia bagi bolehkan lebih ramai ahli Dewan Rakyat ambil bahagian dalam perbahasan dengan kemuka hujah bernas dan substantif.

Beliau berkata, lanjutan tempoh itu penting bagi membolehkan lebih ramai ahli Dewan Rakyat mengambil bahagian dalam perbahasan dengan mengemukakan hujah yang bernas dan substantif.
“Ia demi menambahbaik pengurusan, tatakelola dan perestasi Tabung Haji sebagai badan utama yang menguruskan pelaburan dan urusan ibadah haji umat Islam di Malaysia,” katanya dalam kenyataan.
Semalam, Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata sidang khas Dewan Rakyat bagi membincangkan laporan RCI itu akan diadakan pada 11 Ogos ini dan akan berlangsung sampai petang.
RCI itu ditubuhkan pada 2021 bagi menyiasat aspek pengurusan, operasi dan urusan berkaitan aset TH bagi tempoh 2014 hingga 2020, susulan kebimbangan terhadap tadbir urus serta kedudukan kewangan institusi tersebut.
Laporan RCI tersebut dinyahklasifikasikan dan didedahkan kepada umum selepas mendapat kelulusan Jemaah Menteri Rabu lalu.
Mengulas lanjut, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh turut mengalu-alukan keputusan kerajaan mendedahkan laporan RCI itu kepada umum.
Beliau berkata, pendedahan tersebut memberi peluang kepada rakyat mengetahui serta menilai dapatan suruhanjaya secara telus dan adil.
Pada masa sama, bekas perdana menteri itu berkata terdapat beberapa aspek dalam laporan berkenaan yang memerlukan penjelasan lanjut daripada kerajaan. - FMT

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.