`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 

21 JUNE 2026

Thursday, July 30, 2026

Keluar PN dulu, baru cakap soal Umno Selangor, Megat jawab Dr Afif

 Ketua Umno Selangor jawab cabaran Ahli MPT Bersatu Dr Afif Bahardin supaya Umno tarik sokongan terhadap kerajaan Selangor jika mahu hidupkan semula MN dengan PAS.

Ketua Umno Selangor Megat Zulkarnain Omardin berkata Dr Afif Bahardin tidak seharusnya mencampuri urusan dalaman Umno kerana hala tuju parti itu akan ditentukan oleh kepimpinan sendiri pada masa yang sesuai.
KUALA PILAH:
Ketua Umno Selangor Megat Zulkarnain Omardin meminta Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu Dr Afif Bahardin menjelaskan terlebih dahulu kedudukan partinya dalam Perikatan Nasional (PN) sebelum mencabar Umno menarik sokongan terhadap kerajaan Selangor.

Megat berkata, Afif tidak seharusnya mencampuri urusan dalaman Umno kerana hala tuju parti itu akan ditentukan oleh kepimpinan sendiri pada masa yang sesuai.

“Suruh dia nyatakan dulu pendirian Bersatu dalam PN. Di Negeri Sembilan ini pun mereka bertanding menggunakan logo Bersatu, ada dua logo.

“Keluar dulu PN, kemudian baru bercakap dengan Umno. Minta dia buat keputusan dulu, jangan sibuk hal orang lain,” katanya kepada FMT ketika ditemui pada siri kempen bersama calon Barisan Nasional (BN) bagi DUN Pilah.

Rabu lalu, Afif mencabar Umno Selangor mengarahkan dua Adun parti itu menarik sokongan terhadap kerajaan Selangor sekiranya benar-benar serius mahu menghidupkan semula Muafakat Nasional (MN) bersama PAS di negeri berkenaan.

Menurut Afif, Umno Selangor yang dipimpin Megat perlu menyatakan pendirian sebelum persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor pada 3 Ogos ini.

Beliau turut mendakwa Adun Sungai Air Tawar, Rizam Ismail, dan Adun Dusun Tua, Johan Abdul Aziz, perlu keluar daripada kerajaan negeri serta menyertai blok pembangkang jika kerjasama Umno-PAS bukan sekadar retorik politik.

Mengulas perkara itu, Megat berkata Umno Selangor mempunyai pendirian politik tersendiri dan akan membuat pengumuman apabila tiba masa yang sesuai.

“Kita ada keputusan politik kita sendiri. Kita akan putuskan dan apabila tiba masanya, saya sebagai ketua Umno Selangor akan membuat pengumuman,” katanya.

Sebelum ini, bekas Ketua Umno Selangor Noh Omar mendakwa hubungan MN di Selangor kembali terjalin selepas Megat, Pesuruhjaya PAS Selangor Ab Halim Tamuri serta beberapa pemimpin kedua-dua parti mengadakan pertemuan ketika berkempen pada PRN Negeri Sembilan.

Noh menyifatkan pertemuan itu sebagai titik permulaan kepada usaha menghidupkan semula kerjasama Umno-PAS yang menurutnya pernah membawa kemenangan besar pada PRK Semenyih tujuh tahun lalu.

Pada PRN Negeri Sembilan yang berlangsung Sabtu ini, BN dan PN mencapai persefahaman dengan tidak bertembung sesama sendiri.

Di Selangor pula, PH dan BN membentuk kerajaan negeri selepas memenangi 34 daripada 56 kerusi DUN pada PRN 2023, dengan Rizam kemudian dilantik sebagai anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) mewakili Umno. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.