'Mereka tidak senangi option yang paling mudah - hapuskan rasuah'
SILA BACA KOMEN SAYA DI BAWAH
rising costs, according to Johor Indian Muslim Entrepreneurs Assoc
climbing raw material prices and RM1,700 minimum wage in Feb 2025
need to contribute foreign workers' EPF, further increase costs
60% of their workforce foreign workers
regulations, RM2,300 annual levy, RM500 monthly food, accommodation financial strain
few young Malaysians are interested in restaurant work.
offer RM2,500 to local workers, but most prefer jobs in industrial sector
minimum wage increased from RM1,500 to RM1,700 effective Feb 1, 2025
for fewer than five employees delayed until Aug 1, 2025.
My Comments :
Semua ini politik Melayu punya pasal.
Parti per@su@h dan parti main bel@k@ng sangat kurang popular di kalangan pengundi Melayu. Keduanya hilang banyak kerusi di kalangan pengundi Melayu. Malay voters dont like them.
Pada PRN 6 Negeri parti per@su@h bertanding 108 kerusi DUN tapi menang 19 kerusi sahaja. 19 / 108 = 17% sahaja. FAIL. UPSR FAIL, PMR FAIL, SPM FAIL. SEMUA FAIL.
Mereka mati akal macam mana mahu tarik balik undi Melayu.Mereka tidak senangi option yang paling mudah - hapuskan rasuah.
So mereka terpaksa fikirkan cara lain. Mereka cuba "populist policies" ia itu membuat dasar untuk bagi rasa "feel good" di kalangan pengundi Melayu. Especially orang Melayu yang termasuk B40 dsbnya.
Nak declare Cuti Umum, quota public holiday pun sudah penuh. Main bola pun kita kalah. Badminton pun kalah. Unless nak declare Cuti Umum bila arah angin bertukar dari barat daya ke timur laut? Why not? Orang Melayu yang rata-rata adalah "working class" pasti akan suka Cuti Umum. Tapi bila banyak bercuti daripada bekerja, maksudnya GDP akan hancur. Hasil cukai kerajaan akan kering.
So, mereka ternampak paling ramai orang Melayu memang adalah lower income. Termasuk dalam kumpulan pekerja Gaji Minima ataupun B40. Jadi mereka suruh majikan swasta bayar Gaji Minima yang lebih. Untuk cari populariti di kalangan pengundi Melayu B40. That is what is happening now.
Tapi mesti ada kesan sampingan atau side effect apabila Gaji Minima naik dan terus naik. Contohnya persatuan restoran mamak makin sesak. Tidak ada restoran mamak yang mempunyai kurang daripada 10 orang pekerja. Lazimnya antara 15 hingga 20 orang pekerja, terutama sekali restoran mamak 24 jam. Termasuk bayar EPF dsbnya kos gaji mereka sekarang akan hampiri atau melebihi RM2,000 bagi setiap pekerja. Belum kira bayar sewa bilik dan bagi makanan kepada pekerja restoran mereka, kurang lebih RM500 sebulan (ikut kenyataan persatuan di Johor tadi). So kos bagi setiap pekerja sudah kurang lebih RM2,500 sebulan. Kalau 10 orang pekerja mereka kena bayar jumlah kos gaji RM25,000 sebulan. Kalau 20 orang pekerja jumlah kos pekerja dia jadi RM50,000 setiap bulan !!
Restoran mamak pun akan pelingkup.
Jadi apa yang restoran mamak boleh buat untuk survive? Mereka akan terpaksa naikkan harga makanan. Teh tarik akan naik, roti canai akan naik. Mee goreng mamak memang sudah naik. Nasi beriyani sudah naik. Politik Melayu punya pasal. Cari popularity punya pasal.
Tetapi siapa yang akan suffer dulu? Siapa yang akan tanggung beban harga teh tarik dan roti canai naik? Orang Melayu juga.
Jumlah bilangan restoran mamak di Malaysia adalah 17,000 atau lebih. Restoran mamak sudah lama menduduki tempat strategi dalam food security negara kita. Dan paling ramai orang yang makan di restoran mamak adalah orang Melayu - di kawasan saya hampir 100% pelanggan di kedai mamak adalah Melayu. Setiap hari berjuta rakyat Malaysia singgah di 17,000 atau lebih restoran mamak itu untuk minum pagi, makan tengah hari dan malam.
Pilihan orang Melayu untuk mencari restoran lain yang halal dan affordable terhad juga. Warong Indonesia lokasinya kurang selesa di tepi jalan dan tepi parit dan tidak mempunyai tempat duduk pun. Restoran mamak lebih bersih, selalunya cukup meja dan kerusi, siap dengan dua, tiga atau empat TV LCD besar yang siarkan mainan bola, ceramah agama, berita dsbnya. Dan restoran mamak menawarkan menu dengan berpuluhan jenis hidangan. Restoran mamak sudah lama menjadi sebahagian daripada landscape tempat makan bagi masyarakat Melayu.
Malangnya 'politik Melayu punya pasal, cari popularity punya pasal', gaji minima punya pasal, harga di restoran mamak akan naik lagi. Orang Melayu rugi dulu.
Pilihlah option yang paling mudah - hapuskan rasuah.
The views expressed are those of the writer and do not necessarily reflect those of MMKtT.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.