Tempoh hari kita baca berita kedai jual baju telan RM43 juta duit rakyat. Boleh baca di sini.
Sekarang pula tersiar berita syarikat drone yang telan belanja RM300 Juta duit rakyat juga. Boleh baca di sini.
Dan yang terlibat usahawan bumiputera.
Usahawan Cina, India atau bangsa lain jarang mempunyai access untuk mendapat duit rakyat. Biasanya kalau syarikat mereka rugi yang terpaksa tanggung beban adalah duit mereka sendiri atau duit bapak mereka.
Dalam kes kedua syarikat bumiputera di atas duit yang terlibat adalah duit kita, duit bapak kita. Duit semua rakyat Malaysia termasuk Melayu, Dayak, Kadazan, Cina, India dsbnya.
Yang in charge atau bertanggung jawab menjaga duit kita adalah geng politikus.Geng politikus ini semua bangsa juga.
Dalam kedua kes di atas labu mula ditebuk tikus di bawah pimpinan kerajaan lain. Tetapi walupun kerajaan bertukar beberapa kali, kes tikus rosakkan labu ini masih bersambung.
Tidak ada beza, tidak ada perubahan, tidak ada pembaharuan, tidak ada wasatiyah, tidak ada reform.
Yang berikut ini berita lain pula. Tidak ada kena mengena dengan berita kedai baju atau syarikat drone.
Yang latest pula berita sewa 28 biji helikopter untuk tempoh 15 tahun dengan harga sewa RM16.5 BILLION.
Ataupun bayar sewa RM589 JUTA bagi setiap biji helikopter untuk tempoh 15 tahun.
Sebagai contoh sahaja harga sebiji helikopter buatan Eropah antara US$13 Juta - US$16 Juta. Ataupun RM57 hingga RM70 Juta jika dibeli terus (purchase price).
Untuk cover tempoh 15 tahun yang sama, kalaulah setiap LIMA TAHUN kita terus ganti sahaja dengan helikopter baru, maka untuk cover tempoh 15 tahun tadi kita perlu belanja kurang lebih harga beli RM70 Juta x 3 kali ganti = RM210 Juta (untuk ganti dengan heli baru setiap LIMA TAHUN).
Jadi kalau kita ganti 28 helikopter TIAP LIMA TAHUN atau TIGA KALI GANTI kiraannya adalah:
28 x RM210 juta = RM5.88 BILLION.
Saya rasa helikopter berusia LIMA TAHUN itu masih "baru" lagi. Dan helikopter itu kita yang punya, bukan helikopter sewa. Kemungkinan-nya kita boleh jual helikopter lama dengan harga second hand lagi (dapat recover duit sikit).
Tapi ikut formula "sewa" pula, bayaran "sewa" selama 15 tahun adalah RM589 Juta bagi setiap helikopter. Bayaran sewa 15 tahun untuk 28 biji heli berjumlah RM16.5 Billion !!
Last sekali saya cakap omputih lah. The 15 year lease will total RM589 million for each chopper. Assuming the cash price is about RM70 million per chopper are you saying that the taxpayer must pay RM589 million - RM70 million = RM519 million over 15 years for financial charges, leasing, maintenance and spare parts?
Over 15 years, we will be paying RM519 million / RM70 million = 7.4 helicopters worth of money to lease each helicopter?
(These are military choppers. If a chopper crashes or is shot down who pays for the replacement? Will the leasing company pay for the replacement chopper without any increase or changes to the leasing charges? Or will the taxpayer have to pay again?)
YB Yeo Bee Yin - no comments ke?
The views expressed are those of the writer and do not necessarily reflect those of MMKtT.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.