`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, November 11, 2024

Suami isteri didakwa perdagang 3 wanita ke Yaman

 

mahkamah kl
Hakim Mahkamah Sesyen KL Rosli Ahmad membenarkan jaminan RM30,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh berserta syarat tambahan seperti dipohon pendakwaan.

KUALA LUMPUR
Sepasang suami isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas tiga tuduhan memperdagangkan tiga wanita tempatan ke Yaman sejak Mei tahun lepas.

Mohd Azfar Abd Ghafar, 37, dan Khadijah Yusoff, 31, didakwa bersama-sama memperdagangkan tiga wanita berusia antara 19 hingga 38 tahun bagi maksud eksploitasi di sebuah rumah tidak bernombor di Tarim, Yaman antara 25 Mei 2023 hingga 4 Julai lepas.

Tuduhan mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Atipsom) 2007 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Amir Haniff Ahijman tidak menawarkan jaminan terhadap kedua-dua tertuduh atas alasan kes melibatkan tiga mangsa warga tempatan.

“Sekiranya mahkamah mahu mengguna pakai budi bicara untuk menawarkan jaminan, pendakwaan mencadangkan RM50,000 bagi setiap tertuduh berserta syarat tambahan pasport mereka diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai dan melaporkan diri sebulan sekali di balai polis berdekatan,” katanya.

Peguam Adnan Seman yang mewakili kedua-dua tertuduh merayu jaminan dikurangkan atas alasan keluarga mereka tidak berkemampuan dan hanya mengharapkan hasil sewaan rumah.

“Saya mohon supaya anak guam tidak perlu melaporkan diri di balai polis, memadai syarat tambahan menyerahkan pasport kepada mahkamah,” katanya.

Hakim Rosli Ahmad membenarkan jaminan RM30,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh berserta syarat tambahan seperti dipohon pendakwaan.

Mahkamah menetapkan 16 Dis ini untuk sebutan kes. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.