Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mohd Na’im Mokhtar berkata, Masjid Negara, Kuala Lumpur, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya, terutamanya diminta melaksanakan solat hajat itu selepas solat Isyak bermula hari ini hingga Isnin depan.
Semua masjid dan surau di Wilayah Persekutuan turut dimohon melaksanakan solat hajat untuk tempoh waktu yang sama, katanya.
“JPM (Hal Ehwal Agama) ingin menyatakan sokongan padu kepada perdana menteri atas ketegasan membawa usul menghentikan kekejaman Israel terhadap Palestin pada Sidang Kemuncak Bersama Tergempar Negara-Negara Arab dan Islam.
“Pelaksanaan solat hajat ini adalah untuk memohon doa dan perlindungan daripada Allah agar perjalanan dan misi (beliau) mendapat keberkatan serta mencapai kejayaan demi manfaat negara dan ummah,” katanya.
Mohd Na’im berkata, pelaksanaan solat hajat itu diharap dapat meningkatkan solidariti umat Islam di seluruh negara serta menyatukan hati rakyat Malaysia dalam mendoakan misi penting ini.
Perdana Menteri akan menyampaikan suara dan harapan negara di pentas antarabangsa pada sidang kemuncak ini yang dijangka turut membincangkan isu-isu kritikal melibatkan negara Islam, tambahnya.
“JPM (Hal Ehwal Agama) mengajak seluruh umat Islam untuk bersama-sama menyertai solat hajat ini sebagai tanda sokongan dan solidariti kepada pemimpin kita serta turut mendoakan kesejahteraan para anggota Pasukan Batalion Malaysia (Malbatt) yang sedang bertugas di Lubnan.
“Semoga usaha kita diberkati Allah dan Malaysia terus kekal aman serta sejahtera di bawah lindunganNya,” katanya. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.