Perkembangan politik dalam Perikatan Nasional (PN) timbul pelbagai persoalan termasuk Muhyiddin Yassin kembali kuasai gabungan itu.

Semua orang dah tahu sepatutnya mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) diadakan malam ini- Khamis 29 Jan.
PN dah hebah dan hebohkan seluruh kampung. Tup-tup petang Selasa lalu mesyuarat dibatalkan.
Sebaliknya ketua empat parti komponen yakni Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin, PAS (Hadi Awang), Gerakan (Dominic Lau) dan MIPP (Parti Rakyat India Malaysia-diketuai P Punithan), ini kena sebut penuh kerana ramai tidak familiar dengan akronimnya akan dijadual bertemu di rumah Muhyiddin.
Ertinya Muhyiddin tuan rumah. Mungkin juga Muhyiddin yang jemput presiden presiden lain. Pelik, aneh dan melucukan kerana awalnya Muhyididn (bersama Azmin Ali dan Radzi Jidin) tidak dijemput ke mesyuarat Majlis Tertinggi PN.
Mengapa tidak dijemput? Sebab ketiga-tiga sudah letak jawatan daripada PN. Ini kata Takiyuddin Hassan sendiri. Beliau ialah timbalan setiausaha agung PN .
Ertinya bagi PN, Muhyiddin tidak ada kena mengena lagi dengan kepimpinan tertingginya. Lalu tak perlulah dijemput (beliau umum letak jawatan sebagai pengerusi PN 29 Dise lalu berkuat kuasa 1 Jan lalu).
Mesyuarat Majlis Tertinggi itu (saya ulangi yang dibatalkan ) seharusnya membincangkan peletakan jawatan Muhyiddin dan pilih penggantinya. Kata Takiyuddin, jika mesyuarat menerima keputusan Muhyiddin, Majlis Tertinggi akan beralih kepada agenda seterusnya iaitu ‘menentukan siapa yang akan dipilih sebagai pengerusi PN yang baharu.
Mengapa mesyuarat dibatalkan tidak diberitahu. Pertemuan di rumah Mahyuddin pula dikatakan untuk ‘menentukan hala tuju’ sebelum Majlis Tertinggi bersidang. Takiyuddin kata pertemuan di kediaman Muhyiddin ialah ‘mesyuarat pra Majlis Tertinggi PN’.
Apa perlunya semua ini? Bukankah wajar Majlis Tertinggi membincang dan decide apa hala tuju gabungan dan siapa pengerusi baharu? Kerana ia badan ‘tertinggi’ PN. Semua yang penting dan berjawatan tinggi hadir.
Sekarang seolah-olah Muhyiddin is ‘calling the shots’. Looks that way. Beliau seakan masih berkuasa- boleh atau ada ‘big say’ untuk menentukan pengerusi PN yang baharu.
Ada pemerhati percaya pengerusi baru ialah pengerusi lama. Wallahualam. Hakikatnya penyokong Muhyiddin dalam Bersatu mahu beliau dikekalkan.
Apa pun sekarang Muhyiddin (bersama presiden PAS, Gerakan dan MIPP) akan menentukan ‘hala tuju’ PN dan pengerusinya. Dan hanya selepas itu Majlis Tertinggi akan bersidang.
Sekadar untuk angguk-angguk kepala tanda setuju dan ‘endorse’ apa yang sudah diputuskan oleh Muhyididn dan tiga rakan sejawatannya?
Pada hemat saya apa yang berlaku atau dialami PN ialah kerana mereka terhegeh-hegeh ketika Muhyiddin mengumumkan peletakan jawatannya.
Adakah ia tergamam? Tidak tahu macam mana nak react? Tidak tahu apa yang mahu dilakukan? Atau ada sebab sebab lain yang ‘menakjubkan’? Yang tidak boleh didedahkan kepada khalayak? Apa pun yang jelas PN tidak move on selepas Muhyiddin buat pengumuman.
Jika PN terus terima peletakan jawatan Muhyiddin dan pilih pengganti tidaklah jadi yang apa yang sedang terjadi sekarang.
Sekarang apa yang dihidangkan – bagi orang luar sesuatu yang kelakar dan melucukan manakala bagi orang PN ini amat mengeliru dan membimbangkan.
Merumitkan apa yang tersedia rumit, bekas pengarah pusat penyelidikan PAS Zuhdi Marsuki mencadangkan Majlis Syura PAS wajar dilibatkan menentukan kelayakan calon perdana menteri (pengerusi PN?) dan menteri besar juga.
Dalam pada itu isu pengerusi PN sudah jadi isu dalam isu. Mostly membabitkan Zuhdi. Beliau tuduh PAS pinda perlembagaan parti pada 2024 secara ‘serang hendap’. Dan beliau juga dakwa ada pihak anggap PAS milik kumpulan sendiri.
Tidak perlu saya huraikan. Yang berminat sila Google. Kesimpulannya ada pergolakan dalam PAS meskipun kepimpinan menafikan.
Berbalik soal hala tuju dan pengerusi PN. Tentu harapan ahli dan penyokong PN ialah pertemuan malam ini dapat capai apa yang dihasrat.
Pasti mereka tidak mahu pertemuan sekadar jadi majlis makan malam di mana empat presiden menikmati asam pedas Muar atau nasi beriani gam Johor.
Paling yang mereka tidak mahu- pertemuan dibatalkan pada saat saat akhir. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.