`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Wednesday, January 28, 2026

Afnan guna kiasan ‘mansuh tiang gol’ ketika krisis pengerusi PN

Hantaran ketua Pemuda PAS itu hadir ketika ada laporan mendakwa jawatan pengerusi PN dicadang dimansuhkan.

Afnan Hamimi Taib Azamudden dalam hantaran di media sosial turut menyebut ‘zaman sekarang makan kawan lagi sedap daripada makan kenduri’.
PETALING JAYA:
 Ketua Pemuda PAS Afnan Hamimi Taib Azamudden memuat naik hantaran di media sosial berbentuk kiasan ketika perdebatan pemansuhan jawatan pengerusi Perikatan Nasional (PN) hebat diperkatakan.

Dalam hantaran tanpa menyebut mana-mana nama, Afnan menggunakan analogi sebuah pasukan bola sepak bagi menggambarkan situasi politik semasa.

Beliau mengumpamakan seorang penjaga gol yang meletakkan jawatan, sebelum jurulatih memanggil pasukan untuk berbincang bagi melantik penjaga gol baharu.

“Namun tiba-tiba penjaga gol yang letak jawatan minta tiang gol dimansuhkan. Kata dia, tak perlu ada gol, maka tak perlu ada keeper. Tak perlu bincang,” tulis Ahli Parlimen Alor Setar itu.

Afnan turut menyatakan jika demikian keadaannya, lebih baik padang bola diturap dengan simen, dipasang bumbung dan dijadikan dewan kenduri, kerana permainan itu sendiri sudah tidak lagi relevan.

“Tak perlu ada padang. Zaman sekarang makan kawan lagi sedap daripada makan kenduri,” katanya.

Hantaran itu dibuat ketika surat Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin kepada empat presiden parti komponen dalam PN tersebar berkait kemelut pelantikan pengerusi PN yang kosong sejak 1 Jan lalu.

Antara isi kandungan surat bertarikh 27 Jan itu, Muhyiddin mendakwa Bersatu dan PAS bersetuju memansuhkan jawatan pengerusi PN yang ditinggalkan Muhyiddin.

Muhyiddin menjelaskan langkah itu sebagai sebahagian daripada usaha penstrukturan semula gabungan itu.

Menurutnya, hasil penstrukturan itu menyaksikan Bersatu akan menerajui majlis presiden PN, manakala PAS akan mengetuai jawatankuasa eksekutif.

Katanya, majlis presiden akan menjadi badan tertinggi dalam membuat keputusan berkaitan dasar PN, sementara jawatankuasa eksekutif bertanggungjawab menguruskan aspek pentadbiran.

Bagaimanapun, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man menafikan perkara itu.

Mesyuarat Majlis Tertinggi PN untuk membincang isu yang sepatutnya diadakan esok malam dibatalkan.

Sebaliknya ada pertemuan di rumah Muhyiddin dengan presiden parti komponen iaitu Hadi Awang (PAS), Dominic Lau (Gerakan) dan P Punithan (MIPP). - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.