`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Wednesday, January 28, 2026

Kementerian Perpaduan, KPM perkukuh Taska, Tabika Perpaduan

Aaron Aro Dagang berkata, usaha itu untuk perkukuh aspek silibus, pendaftaran dan keselamatan kanak-kanak.

tabika perpaduan
Sehingga kini, terdapat 41 Taska Perpaduan dan 1,781 Tabika Perpaduan di bawah Kementerian Perpaduan Negara, melibatkan lebih 34,000 kanak-kanak, menurut Aaron Ago Dagang. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
 Kementerian Perpaduan Negara (KPN) akan bekerjasama rapat dengan Kementerian Pendidikan (KPM) bagi memperkukuh aspek silibus, pendaftaran, keselamatan serta kesihatan kanak-kanak di Taska dan Tabika Perpaduan.

Menteri Perpaduan Negara Aaron Aro Dagang berkata usaha itu dilaksanakan demi memastikan persekitaran pembelajaran yang selamat, berkualiti dan holistik bagi kanak-kanak.

“Sehingga kini, terdapat sebanyak 41 Taska Perpaduan dan 1,781 Tabika Perpaduan di bawah Kementerian Perpaduan Negara yang melibatkan lebih 34,000 kanak-kanak,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Terdahulu, beliau mengadakan pertemuan dengan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berhubung perancangan pendidikan negara khususnya melibatkan Taska dan Tabika Perpaduan.

Sebelum ini, Aaron berkata, Taska dan Tabika Perpaduan terus menjadi keutamaan Kerajaan Madani dengan peruntukan berjumlah RM55.5 juta bagi sesi persekolahan 2026. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.