`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Tuesday, January 13, 2026

PBT, pihak berkuasa agama Melaka serbu hotel ‘mesra gay’

Serbuan premis mempunyai 37 bilik itu tidak berkunci selain tiada penjaga atau pelanggan di lokasi.

sapiah harun
Yang Dipertua MPHTJ, Sapiah Harun, berkata pemeriksaan turut menemui bekas kondom digunakan di sebuah bilik. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
 Pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pihak berkuasa agama Melaka hari ini menyerbu sebuah hotel didakwa ‘mesra gay’, namun didapati premis itu kosong.

Serbuan pada 11 pagi itu dilakukan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) dan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) bagi menyiasat dakwaan premis itu mempromosikan aktiviti tidak bermoral.

Yang Dipertua MPHTJ, Sapiah Harun, berkata pemeriksaan turut menemui bekas kondom digunakan di sebuah bilik.

Menurutnya, ketika serbuan, premis yang mempunyai 37 bilik itu tidak berkunci selain tiada penjaga premis atau pelanggan di lokasi berkenaan.

“Pengurus dan pekerja hotel yang dihubungi juga mengelak daripada hadir ke premis ketika operasi dijalankan.“Pemeriksaan lanjut oleh JAIM turut menemui bekas kondom digunakan di dalam tong sampah salah sebuah bilik,” katanya kepada Harian Metro.

Susulan itu, Sapiah berkata lesen premis dibawa ke pejabat MPHTJ untuk tindakan lanjut, manakala Jabatan Penguatkuasaan (JPK) memasang tali keselamatan bagi menghalang pintu masuk sehingga pemilik hadir memberi penjelasan.

“Pemeriksaan ini adalah langkah penguatkuasaan dan pemantauan bagi memastikan pematuhan undang-undang serta menjaga sensitiviti dan kesejahteraan masyarakat setempat.”

Katanya, MPHTJ menegaskan pihaknya akan memantau perkembangan premis berkenaan secara berterusan dan mengambil tindakan tegas sekiranya pemilik gagal memberi penjelasan, termasuk kemungkinan menarik semula lesen premis.

Terdahulu, dilaporkan tular dakwaan sebuah hotel berkonsepkan ‘mesra gay’ yang tular di media sosial sejak semalam. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.