Turut dirampas 2.5 tan minyak masak dipercayai untuk dijual ke negara jiran dalam sebuah premis di Kawasan Perindustrian Padang Besar.

Pengarah KPDN Perlis Rohaida Hassan, berkata rampasan pada 12.30 tengah hari semalam dibuat menerusi operasi bersama pegawai penguat kuasa KPDN Putrajaya, dan polis di sebuah premis di Kawasan Perindustrian Padang Besar.
“Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat tiga lori bernombor pendaftaran Thailand jenis penggerak utama (prime mover) berada berhampiran pam dan tangki skid dengan dua daripadanya sedang mengisi minyak disyaki diesel ke dalam tangki asal dan tambahan kenderaan.
“Sebuah lori bernombor pendaftaran tempatan pula sedang mengisi ke dalam tangki skid. Modus operandi kes ini ialah menjual minyak diesel kepada kenderaan asing,” katanya menurut Bernama.
Rohaida berkata, dua lori Thailand disita dengan nilai rampasan dianggarkan RM400,000 bersama-sama barangan lain antaranya sembilan unit telefon bimbit pelbagai jenama, buku resit jualan minyak, dan dekoder kamera litar tertutup (CCTV).
“Lima lelaki Thailand serta masing-masing seorang wanita dan lelaki warga tempatan berusia antara 29 hingga 55 tahun ditahan untuk siasatan lanjut.”
Rohaida berkata, rampasan itu hasil risikan selama dua bulan oleh polis dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dibaca bersama-sama Peraturan 3(1) Peraturan-peraturan Kawalan Bekalan 1974.
Selain itu, beliau berkata pihaknya turut merampas 8,500 peket dan 2,520kg minyak masak yang diisi ke dalam botol lima liter setiap satu dengan anggaran nilai RM97,970 di premis sama.
“Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat tiga lori bonded memiliki sejumlah cecair disyaki minyak masak dalam bentuk pembungkusan botol lima liter dan polibeg 1kg. Pembungkusan bagi minyak masak itu dicetak dalam bahasa Thailand.
“Pemeriksaan mendapati premis itu tidak mempunyai lesen untuk menyimpan minyak masak tersebut. Tiga lori bonded bernombor pendaftaran tempatan dengan nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM195,000 turut disita untuk siasatan lanjut,” katanya.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 20 (1) Akta Kawalan Bekalan 1961. - FMT


No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.