Sepuluh PPS itu terletak di Serian, Sibu, Bintulu dan Sebauh.

KUCHING: Jumlah mangsa banjir di Sarawak menurun sedikit setakat 8 pagi tadi, dengan 1,773 mangsa daripada 560 keluarga masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) berbanding 1,822 mangsa daripada 587 keluarga petang semalam.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan 10 PPS masih aktif setakat ini di Serian, Sibu, Bintulu dan Sebauh.
“Antara PPS menempatkan mangsa paling ramai ialah Sekolah Kebangsaan Tanah Puteh di Serian dengan 448 mangsa daripada 131 keluarga, Dewan Masyarakat Serian (325 mangsa daripada 94 keluarga) dan Dewan Suarah Bintulu (306 mangsa daripada 114 keluarga).
“PPS Dewan Sri Kemena Sekolah Menengah Kebangsaan Sebauh menempatkan 164 mangsa daripada 53 keluarga,” menurut makluman itu.
Bencana banjir di Sarawak kali ini bermula 31 Dis lalu, dengan beberapa kawasan di sekitar Kuching dilanda banjir susulan hujan lebat berterusan. - FMT


No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.