`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 

21 JUNE 2026

Wednesday, June 24, 2026

Adham Baba pertaruh rekod khidmat, yakin tambat hati pengundi

 Dr Adham Baba pernah menjadi Adun Pasir Raja selama dua penggal, selain pernah menjadi menteri.

DATUK SERI DR ADHAM BABA bernama pic 24626
Hubungan rapat dengan penduduk setempat menjadi kekuatan, kata calon BN Dr Adham Baba. (Gambar Bernama)
JOHOR BAHRU:
Bekas menteri kesihatan, Dr Adham Baba, yakin pengalaman luas sebagai wakil rakyat selama dua penggal di Pasir Raja akan membantu beliau meraih sokongan pengundi pada PRN Johor.

Adham yang diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi DUN Pasir Raja berkata hubungan rapat dengan penduduk setempat menjadi kekuatannya.

“Saya yakin sebagai orang lama dalam DUN Pasir Raja dan juga Panti, serta sebagai Ketua Umno Tenggara, saya mengenali sangat ramai pengundi,” katanya ketika ditemui selepas pengumuman calon BN.

Mengenai cabaran yang dijangka dihadapi pada PRN kali ini, Adham berkata kejayaan sesebuah parti banyak bergantung kepada keupayaan jentera mendekati seramai mungkin pengundi.

“Pada saya, siapa yang giat berkempen dan dapat menemui seramai mungkin pengundi akan memperoleh lebih banyak keuntungan daripada kempen itu,” katanya.

Sekiranya diberi mandat, beliau berkata fokus akan diberikan kepada usaha memperkasakan sektor pendidikan tinggi dan latihan kemahiran di kawasan berkenaan.

Adham pernah menjadi Adun Pasir Raja selama dua penggal dari 2008 hingga 2018 sebelum memenangi Parlimen Tenggara pada PRU ke-14 dan ke-15, selain pernah menyandang jawatan menteri kesihatan serta menteri sains, teknologi dan inovasi. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.