`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 

21 JUNE 2026

Wednesday, June 24, 2026

Ahli akademik gesa KPM jelaskan mengapa daftar Tahun 1 usia 6 tahun cuma 18%

 Anuar Ahmad berkata angka itu menimbulkan persoalan mengenai keberkesanan penerangan kepada ibu bapa dan kesediaan sekolah.

Kemasukan murid enam tahun ke Tahun 1 bermula 2027 diperkenalkan secara sukarela sebagai sebahagian persediaan kerajaan menambah pilihan kepada ibu bapa. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Kementerian Pendidikan (KPM) perlu menjelaskan kepada umum punca pendaftaran murid berusia enam tahun ke Tahun 1 tahun depan jauh lebih rendah daripada unjuran awal, kata seorang ahli akademik.

Timbalan Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia Anuar Ahmad berkata angka 73,386 pendaftaran berbanding unjuran 400,000 murid, atau kira-kira 18%, terlalu rendah untuk dianggap sebagai isu teknikal semata-mata.

Anuar Ahmad.
Anuar Ahmad.

Katanya, angka itu menimbulkan persoalan sama ada ibu bapa benar-benar memahami inisiatif kemasukan awal ke sekolah rendah, atau masih ragu-ragu terhadap manfaat dan kesediaan sistem pendidikan menerima murid seawal usia enam tahun.

“Di mana silapnya? Apakah promosi tidak kuat? Apakah inisiatif ini tidak difahami ibu bapa? Apakah ibu bapa masih tidak yakin?” katanya di Facebook.

Beliau berkata perkara itu wajar diberi perhatian serius kerana kesannya bukan sahaja kepada perancangan murid, tetapi juga peluang pekerjaan graduan yang dijangka menyertai perkhidmatan pendidikan.

Menurut Anuar, KPM pada awalnya dijangka melantik 20,000 guru siswazah baharu, namun jumlah itu kini dikurangkan kepada 3,150 susulan pendaftaran yang jauh lebih rendah daripada unjuran.

Katanya, keadaan itu bermakna hampir 17,000 graduan kehilangan peluang pekerjaan yang sebelum ini dilihat terbuka menerusi pengambilan guru baharu.

“Siapa yang patut ambil tanggungjawab menerangkan kepada ibu bapa? Sudahkah penerangan dilakukan secara bersungguh-sungguh?” katanya.

Pada sidang Dewan Rakyat hari ini, Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh dilaporkan berkata pendaftaran murid enam tahun bagi sesi Tahun 1 2027 hanya mencatat 73,386 permohonan, berbanding unjuran asal 400,000.

Susulan itu, KPM mengurangkan pengambilan guru Contract of Service (CoS) daripada 20,000 kepada 3,150 orang.

Kemasukan murid enam tahun ke Tahun 1 bermula 2027 diperkenalkan secara sukarela, sebagai sebahagian persediaan kerajaan menambah pilihan kepada ibu bapa yang merasakan anak mereka bersedia memasuki sekolah rendah lebih awal. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.