Menteri Pendidikan Tinggi Zambry Abd Kadir berkata USM berada pada di kedudukan lima dunia, manakala UKM di tangga ketujuh daripada lebih 1,600 universiti.

Menteri Pendidikan Tinggi Zambry Abd Kadir, berkata USM melonjak ke kedudukan kelima dunia, manakala UKM berada di tangga ketujuh daripada lebih 1,600 universiti yang dinilai berdasarkan sumbangan terhadap matlamat pembangunan mampan (SDGs) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Katanya, USM turut mengekalkan kedudukan nombor satu dunia bagi SDG 17: Perkongsian Demi Matlamat, sekali gus membuktikan keupayaan universiti Malaysia memimpin kerjasama strategik di peringkat global.
“Pencapaian ini membuktikan bahawa universiti-universiti Malaysia bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik dan penyelidikan, malah memberi impak besar kepada pembangunan masyarakat serta agenda kemampanan dunia,” katanya dalam catatan di Facebook.
Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada seluruh kepimpinan universiti, ahli akademik, penyelidik, kakitangan dan para pelajar atas kejayaan yang membanggakan itu.
“Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk kita terus memperkukuh kecemerlangan pendidikan tinggi negara dan meletakkan Malaysia sebagai hab pendidikan tinggi bertaraf dunia,” katanya. - FMT

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.