`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 

21 JUNE 2026

Sunday, July 5, 2026

BN tak khianati sesiapa, cuma pertahan Johor, kata Zahid

 Pengerusi BN berkata pentadbiran Johor dikuasai BN telah ditubuhkan sebelum kerajaan perpaduan peringkat persekutuan tertubuh pasca PRU15.

zahid hamidi
Zahid Hamidi yakin kerjasama erat parti komponen BN mampu bantu pertahan 40 kerusi dimenangi pada PRN 2022. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Zahid Hamidi terus mempertahankan parti itu daripada tuduhan mengkhianati pihak tertentu susulan tindakan bertanding solo pada PRN Johor, 11 Julai depan.

Zahid berkata langkah itu sebenarnya untuk mempertahankan pentadbiran negeri diketuai Onn Hafiz Ghazi yang ditubuhkan sebelum tertubuhnya kerajaan perpaduan di peringkat persekutuan pasca PRU15, lapor Berita Harian.

“Jika ada pihak yang menuduh bahawa kita cuba khianat, jangan risau. Kita tidak mengkhianati sesiapa.

“Kita mempertahankan Kerajaan Johor di bawah kepimpinan parti-parti komponen BN,” katanya pada kempen BN di DUN Perling, malam tadi.

PRN Johor menyaksikan BN dan Pakatan Harapan (PH) bertanding di 56 kerusi manakala Perikatan Nasional (BN) di 33 DUN, Parti Bersama Malaysia (15), Muda (4) dan Parti Sosialis Malaysia (1).

Zahid yang juga presiden Umno turut melahirkan 40 kerusi dimenangi BN pada PRN 2022 mampu dipertahankan menerusi kerja kuat semua jentera parti komponen serta sokongan parti-parti Friends of BN.

Malah dakwanya angka itu mampu ditambah pada PRN itu. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.